cna

Aljazeera

Friday, October 31, 2008

Tala'al Badrul 'Alaina -Yusof Islam

Anwar_MetroTV_14

Anwar_MetroTV_13

Anwar_MetroTV_12

Anwar_MetroTV_11

Anwar_MetroTV_10

Anwar_MetroTV_09

Anwar_MetroTV_08

Anwar_MetroTV_07

Anwar_MetroTV_06

Anwar_MetroTV_05

Thursday, October 30, 2008

Anwar_MetroTV_04

raya di rumah amy search -nik abduh

November 1, 2007 in istizkariyyah, sosial

Salam Kamunting,

Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang dapat saya kenali dan jumpa secara dekat. Ingatkan Mawi yang mendahului, rupanya Amy Search dulu yang lebih bersedia untuk mengubah cara hidup dunia seorang artis. Ingatkan Siti, isteri Amy Search dulu yang dah tetap kenakan tudung muslimat yang menambah kecantikan diri.

Haa, kira tersengih juga saya dapat beraya di rumah Amy Search di kediaman mewahnya di Damansara kali ini. Isk, glamour juga rasanya dapat bersalam dengan artis tersohor sampai nak juga bersohor dalam blog ni.. Sebab pun budak - budak remaja terlompat - lompat bila dapat jumpa dan bersalam dengan artis kesayangan mereka. Sesetengahnya terkinja - kinja macam beruk kena belacan. Seronok sangat rupa - rupanya..

Saya yang taklah minat Amy Search pun jadi seronok juga dapat bersalam dengan artis. Kalaulah aku ni artis, mesti melompat - lompat orang nak bersalam dengan aku.. he he

Majlis Media Kebangsaan Dibentuk Tidak Lama Lagi

20 Oktober, 2008 21:34 PM

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Sebuah majlis media kebangsaan akan ditubuhkan tidak lama lagi bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan dalam media, selain mencari jalan bagi menghasilkan pemberitaan tepat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Beliau berkata idea penubuhan majlis itu telahpun dibawa ke kabinet dan disambut baik.

"Pelbagai aspek perlu dikaji dan satu siri perbincangan sedang berjalan sebelum kita dapat menggubal dasar berkenaan.

"Saya percaya ini adalah platform yang tepat, pada masa yang tepat untuk memperkukuh hubungan antara kerajaan dengan organisasi media," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolokium mengenai Dasar Media di Malaysia di sini, Isnin.

Kolokium dua hari itu, anjuran Institut bagi Pembangunan Komunikasi (Aidcom) dan Suruhanjaya Tinggi Kanada bagi membincangkan isu-isu mengenai dasar dan kebebasan media, diikuti oleh 50 peserta.

Syed Hamid berkata penubuhan majlis itu tidak harus dilihat sebagai langkah untuk mempertingkat sekatan ke atas media, oleh kerana masa depan di negara ini ditentukan menerusi usaha kolektif.

"Menjadi tanggungjawab kita untuk menggubal satu dasar media kebangsaan yang mencerminkan identiti, nilai dan kepercayaan kita sebagai warga Malaysia.

"Satu dasar media baru perlu dikemaskini sejajar dengan trend global semasa yang memberi nilai tinggi terhadap liberalisasi dan kemajuan teknologi.

"Kita boleh bincangkan dan kenalpasti reform yang sesuai di samping mustahaknya memperkenalkan majlis media kebangsaan dengan minda terbuka," kata Syed Hamid.

Menyentuh berita ruang siber, Syed Hamid berkata: "Kita tidak boleh lagi mengenalpasti kumpulan ini sebagai media alternatif, memandangkan permintaan bagi berita-berita mereka lebih luas dari media arus perdana.

"Ruang siber adalah platform bebas dan generasi muda lebih menyukai berita online. Malahan, media arus perdana kini turut memfokus kepada memuatkan berita mereka secara online," ujar beliau.

-- BERNAMA

Anwar_MetroTV_03

Anwar_MetroTV_02

Anwar_MetroTV_01

Thursday, October 23, 2008

Pameran istimewa Tunku

EKSKLUSIF... Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah menunjukkan antara gambar Tunku Abdul Rahman yang akan dipamerkan di Galeri RA Fine Art pada November ini.
Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Jasa dan pengorbanan Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah kepada negara ini memang tidak terhitung dengan angka.
Beliau bukan sahaja bertanggungjawab mendapatkan kemerdekaan negara ini daripada British tetapi juga telah memperkukuhkan sistem perkongsian kuasa yang menjadi teras kepada kejayaan Malaysia.
Atas kapasitinya itu sebagai pemimpin negara, setiap perjalanan beliau tentunya merupakan satu sejarah bagi negara ini dan sebahagiannya telah direkodkan untuk tatapan generasi akan datang.
Bagi generasi muda hari ini, mereka memang kenal Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri yang pertama tetapi mereka tidak mengenali beliau secara peribadi.
Bagaimanapun, mereka bernasib baik kerana perjalanan Tunku itu telah dirakamkan dalam bentuk foto oleh jurugambar peribadi beliau iaitu Syed Abdullah Barakhbah.
Sejak tahun 1950-an, Syed Abdullah telah menjadi jurufoto tidak rasmi kepada Tunku Abdul Rahman dengan mengabadikan pelbagai peristiwa Tunku sebagai Perdana Menteri.
Beliau menyimpan beratus-ratus koleksi gambar peribadi pemimpin itu dengan baik untuk tatapan generasi masa ini.
Bagi memberi peluang kepada masyarakat melihat koleksi itu, Galeri RA Fine Arts Sdn. Bhd. (GRAFASB) mengambil inisiatif mengadakan pameran berjudul The Residency Years: Tunku Abdul Rahman - A Photographic Tribute by Syed Abdullah Barakhbah.
Menurut Pengarah GRAFASB, Raja Ahmad Aminullah Raja Abdullah, menerusi pameran itu, pengunjung berpeluang melihat gambar-gambar tidak rasmi Tunku Abdul Rahman yang dirakamkan oleh Syed Abdullah.
Katanya, Syed Abdullah merupakan anak saudara dan anak angkat Tunku dan beliau telah dilantik oleh Tunku sebagai jurugambar tidak rasmi beliau.
"Koleksi gambar yang diambil oleh Syed Abdullah boleh dikatakan eksklusif dan terhad kerana gambar-gambar ini juga tidak pernah dipamerkan sebelum ini di mana-mana.
"Ini kerana gambar-gambar itu bukan sahaja tidak rasmi tetapi ia nampak lebih santai seperti gambar Tunku sedang berkebun, bersama anggota keluarganya termasuklah gambar tukang masak beliau," katanya ketika ditemui di sini.
Katanya, kebanyakan gambar itu diambil di bekas kediaman Tunku di Kuala Lumpur yang kini dijadikan Memorial Tunku Abdul Rahman.
Jelas Raja Ahmad Aminullah, idea untuk mengadakan pameran itu dicetuskan oleh pengkritik filem, Mansor Puteh yang juga merupakan adik ipar Syed Abdullah selepas mendapati gambar-gambar koleksi peribadi tersebut disimpan begitu sahaja.
"Sebanyak 106 gambar koleksi Tunku Abdul Rahman itu merupakan antara yang sudah dipilih berdasarkan kualiti gambar, kesesuaian selain memperingati ulang tahun kelahiran Bapa Kemerdekaan itu yang ke-106 pada Februari lalu.
"Sebenarnya, pameran ini pernah dicadangkan pada tahun 1994 tetapi ia tidak berjaya direalisasikan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
"Walaupun semua gambar yang akan dipamerkan kelak dalam hitam putih tetapi ia masih dalam keadaan baik," ujarnya.
Raja Ahmad Aminullah berkata, peluang untuk menyaksikan pameran itu tidak seharusnya dilepaskan kerana pengunjung akan dapat mengenali dengan lebih dekat keperibadian dan gaya hidup Tunku Abdul Rahman.
"Secara tidak langsung, gambar-gambar yang dipamerkan nanti mampu menceritakan tentang Tunku dari konteks sejarah, sosiologi, politik antarabangsa dan kehidupan peribadi beliau," katanya.
Beliau berharap pameran yang akan diadakan itu akan menjadi pemangkin kepada golongan muda untuk lebih menyayangi Bapa Kemerdekaan tersebut.
Pameran itu dibuka secara percuma kepada orang ramai di galeri tersebut di No. 6, Jalan Aman, off Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, mulai 10 November hingga 10 Disember ini dari pukul 11 pagi hingga 6 petang.
Sementara itu, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) turut mengadakan pameran bergambar mengenai Tunku Abdul Rahman sehingga Ahad ini di Galeri 2 Muzium Negara.
Pameran bertajuk "Terima Kasih Tunku" itu adalah sebagai tanda penghargaan dan bagi mengenang jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama itu.
Ketua Pengarah JMM, Ibrahim Ismail berkata, apa yang menarik pada pameran itu ialah kesemua gambar yang dipamerkan telah dibaik pulih, diindahkan, dibesarkan dan dihasilkan semula di atas kanvas serta dibingkaikan.
Katanya, sejumlah 222 gambar telah dibaik pulih dengan kerjasama Canvas Art Sdn. Bhd. untuk pameran istimewa tersebut.

Wednesday, October 22, 2008

BN Tak Habis-habis Canang Perkara Remeh Daripada Selesaikan Isu Penting - Penganalisis

Oleh Noor Hayati Muda

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pemerhati politik berpendapat parti pemerintah Barisan Nasional (BN) tak habis-habis mencanangkan isu remeh daripada perkara lebih penting seperti menangani politik wang, memilih pemimpin yang betul dan bekerja keras untuk meraih semula sokongan yang hilang terhadap gabungan itu dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Para penganalisis beranggapan adalah tidak penting, pada ketika ini, cadangan untuk menjadikan gabungan itu sebagai satu parti pelbagai kaum atau malahan menjalani penstrukturan semula.

Prof Dr Ahmad Atory Hussein dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata penstrukturan semula jawatan tertinggi dalam Dewan Tertinggi BN tidak akan membawa sebarang kesan signifikan dalam gabungan itu atau kepada rakyat amnya.

"Bagi saya ini semua perkara remeh. Saya faham mereka mahu mendapatkan kembali sokongan daripada kaum mereka sendiri tetapi saya tidak fikir ini akan memberi faedah kepada rakyat secara amnya."Lagipun, semua jawatan tinggi dalam BN hanya pada nama sahaja kerana semua keputusan dibuat berdasarkan persetujuan bersama tanpa mengira jawatan mereka dalam Dewan Tertinggi," kata pensyarah di Fakulti Pentadbiran Awam dan Undang-undang universiti itu.

Beliau berkata BN ditubuhkan berdasarkan persefahaman tanpa terikat dengan perlembagaan secara sah."Tidak penting siapa yang duduk di situ kerana kedudukan mereka dalam Dewan Tertinggi sebenarnya sama sahaja. Umno diberikan jawatan pengerusi dan timbalannya atas dasar persefahaman bahawa ia parti terbesar dan keadaan itu kekal sehingga hari ini," katanya.

Dr Ahmad Atory berkata pemimpin BN sepatutnya menumpukan pada isu lebih penting iaitu memenangi semula keyakinan rakyat."Mereka sebenarnya perlu melihat kepada keadaan sebelum ini dan mengkaji situasi itu secara menyeluruh dan mencari punca kepada masalah itu, kemudian merumuskan idea yang bernas yang benar-benar membantu gabungan menarik semua pengundi pada pilihan raya umum akan datang."Anda boleh mendapatkan semula sokongan anggota parti anda sendiri, tetapi yang pentingnya ialah rakyat," katanya.

Kenyataan Dr Ahmad Atory itu merujuk kepada kegagalan BN untuk menawan semula Kelantan dan kekalahan di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor kepada pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin Sulaiman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merujuk kepada permintaan MCA agar diwujudkan jawatan kedua bagi timbalan pengerusi BN untuk dipegang oleh parti itu, dan berkata melayani permintaan itu akan membuka pintu kepada parti komponen lain untuk membuat tuntutan yang sama."Di samping itu, saya berpendapat ada perkara lain yang lebih mendesak yang perlu ditangani oleh pemimpin BN, pembaharuan yang lebih penting seperti menangani politik wang, misalnya," katanya.

Beliau juga berkata pemimpin BN telah menyimpang daripada masalah sebenar."Setiap parti komponen, sama ada Umno, MCA, MIC atau malahan Gerakan, mempunyai masalah kepimpinan. Saya fikir mereka mesti selesaikan ini dulu sebelum bercakap mengenai membaharui struktur gabungan," kata pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu.

Pendapat Dr Ahmad Nizamuddin turut dikongsi Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Bajunid dari Universiti Tun Abdul Razak yang berkata apa yang patut diutamakan oleh parti komponen BN ialah memilih "pemimpin yang betul"."Saya berpendapat apa yang paling penting sekarang ialah untuk semua parti komponen memilih pemimpin yang betul. Kemudiannya, selepas itu mereka boleh membincangkan idea bagi pembaharuan," kata bekas Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan universiti itu.

Katanya adalah amat kritikal untuk memilih pemimpin yang mempunyai pengetahuan luas dalam pelbagai bidang serta mempunyai rangkaian yang luas sama ada di dalam dan luar negara."Kita mempunyai banyak pemimpin cemerlang seperti dalam dunia korporat, dalam sektor perkhidmatan awam dan pendidikan. Oleh itu, pada pandangan saya, pemimpin politik juga perlu terdiri daripada kalangan yang terbaik," katanya.

Berdasarkan keadaan semasa, daripada segi politik atau ekonomi, Dr Ibrahim mempunyai sebab kenapa amat penting untuk memilih pemimpin yang betul kerana pemimpin berkenaan perlu mencari jalan bukan sahaja untuk memperkukuhkan parti mereka tetapi juga BN serta mengemudi negara dalam menghadapi krisis ekonomi global sekarang.Pada masa yang sama, mereka perlu memulihkan semula keyakinan pengundi jika BN mahu kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang.Oleh itu, Dr Ibrahim berkata adalah amat penting bagi pemimpin BN untuk mengenal pasti punca masalah itu yang telah menyebabkan gabungan itu berada dalam "kepanasan" sebelum ini.

Katanya setiap cadangan bagi perubahan perlu dikaji dengan mendalam berdasarkan prinsip setiap parti komponen dan yang paling penting ialah mereka perlu menumpukan kepada kepentingan rakyat dan dalam masa yang sama memastikan negara kekal stabil."Pembaharuan mesti berdasarkan beberapa faktor, luaran dan dalaman. Ada yang sukakan perubahan secara radikal tetapi bagi saya usaha ini perlu dilakukan secara berterusan," katanya.

-- BERNAMA

Asia's premier event on Information and Communication Technologies

Home : eAsia 2008

eAsia 2008 is an open ICT for development platform for Asian countries, to discuss opportunities and challenges in promoting growth of ICT4D, through consultative dialoguing, strategic planning, knowledge networking and business partnering.


The conference and exhibition is being organised by Centre for Science, Develpment and Media Studies (CSDMS) and co-hosted by Ministry of Energy, Water, and Communications (KTAK), Government of Malaysia. eAsia 2008, through its five seminal conferences, will focus on five emerging application domains of ICT for Development - e-Government, ICT in Education, Asian Telecentre Forum, ICT enabled Health services and Mobile application and services for development. The five conferences are:


eGov Asia 2008
Digital Learning Asia 2008
eHealth Asia 2008
Asian Telecentre Forum 2008
mServe Asia 2008


http://www.e-asia.org/2008/index.asp

Kebebasan media M'sia merudum lagi

Jimadie Shah Othman Oct 22, 08 9:23pm
Kebebasan media di Malaysia jatuh merudum di mata antarabangsa apabila kedudukannya dalam Indeks Kebebasan Akhbar merosot lagi lapan anak tangga.
Daripada 173 negara yang ditinjau, Malaysia berada di tangga ke 132 berbanding 124 pada tahun lepas, demikian menurut organisasi pemantau kebebasan media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris hari ini.
Kedudukan baru ini meletakkan Malaysia lebih teruk berbanding tahap kebebasan di beberapa negara Afrika seperti Nigeria (di tangga 131) dan Cameroon (129) dan hanya baik sedikit berbanding Chad (133), Sudan (135) dan Bangladesh (136).
Tahun lalu, Malaysia merosot mendadak sebanyak 32 anak tangga berbanding kedudukan ke-92 pada 2006.Menurut laporan RSF, kerajaan Malaysia menerima "kritikan menggunung" bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akibat mengenakan tindakan keras terhadap media, termasuk penulis blog.
Media utama selalunya terpaksa mengecilkan liputan atau mengabaikan banyak program parti pembangkang dan NGO, misalnya demonstrasi Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tahun lepas dan mengarahkan media menghentikan perbahasan tentang status negara Islam Malaysia.
Kes-kes lain termasuklah pengharaman akhbar Tamil Makkal Osai, pengharaman nama Allah di mingguan Kristian The Herald dan penamatan kolum penulis berwibawa Zainah Anwar dan Amir Muhammad di New Straits Times.
Penulis blog juga tidak terlepas daripada mendapat ancaman saman dan tangkapan polis, lapor RSF.
Petugas media beberapa akhbar seperti Malaysia Nanban dan Guangming Daily turut diserang oleh penyokong parti kerajaan.
Laporan itu juga mendakwa, media-media arus perdana didapati dikawal kerajaan dan mengamalkan swa-saringan.
Negara-negara jiran menikmati kebebasan akhbar yang lebih baik - dengan Indonesia di tangga ke-111 dan Thailand (124).
Bagaimanapun indeks kebebasan Singapura lebih buruk daripada Malaysia di kedudukan 144.
RSF merupakan organisasi terkenal yang memantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.
Malaysia - Annual report 2008

Hang Mokhtar

Monday, October 20, 2008

Srikandi Pencetus Semangat Kemerdekaan Negara

20 Oktober, 2008 23:18 PM
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Seorang ibu yang tegas dan tidak mudah mengalah dalam setiap perjuangannya, kata Jamaluddin Ibrahim, anak kedua Allahyarham Shamsiah Fakeh, 84, yang kembali ke rahmatullah di kediamannya di Tropicana, Damansara pagi ini.
Shamsiah yang disifatkan Jamaluddin sebagai seorang wanita yang mempunyai semangat juang yang tinggi, juga merupakan seorang ibu yang amat bertanggungjawab dan mengambil berat tentang soal keluarga dan anak-anaknya.

Ketika mengimbau kembali saat-saat akhir Allahyarham, Jamaluddin berkata kepergian ibunya hanya disedari apabila anggota keluarga cuba mengejutkannya pada pukul 9 pagi.

"Kami tak syak apa-apa sehinggalah masa untuk kejutkannya pagi ini. Kemudian, barulah kami sedar dia (ibu) sudah kembali ke rahmatullah," katanya selepas upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Tunas Bakti, Sungai Besi di sini, pukul 5.30 petang ini.

Katanya, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak dua bulan lalu akibat sakit tua sebelum dibenarkan pulang dua hari lepas.

Shamsiah, anak kepada pasangan Saamah Nonggok dan Fakeh Sultan Sulaiman dilahirkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama pada 1924 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pada usia 13 tahun, beliau dihantar melanjutkan pelajaran di Sekolah Agama Rahmah Al-Yunusiah, Madrasah Tuddimiah, Padang Panjang di Sumatera Barat hingga 1940.

Shamsiah ialah ketua Angkatan Wanita Sedar (AWAS), sebuah parti politik sayap kiri yang ditubuhkan di Tanah Melayu pada Februari 1946 bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah British.

Gandingannya dengan Ahmad Boestamam, Ketua Angkatan Pemuda Insaf (API) telah membakar semangat sebilangan pemuda-pemudi Tanah Melayu mengangkat senjata menentang penjajah.

Oleh itu, AWAS kemudian diharamkan di bawah undang-undang darurat yang diisytiharkan British di seluruh Malaya pada 20 Jun 1948, tetapi ini tidak mematahkan semangat srikandi ini untuk meneruskan perjuangan memerdekakan negara.

Shamsiah kemudian menyertai Rejimen Ke-10 sayap Melayu Parti Komunis Malaya (PKM).

Perjuangannya tidak mengenal tempat, sama ada di hutan mahupun di pentas antarabangsa.

Beliau bersama suaminya, Ibrahim Mohamad, bertugas di China, Indonesia dan Vietnam dalam rangka meniup semangat nasionalisme kepada penduduk Asia Tenggara yang masih di bawah penjajahan.

Beliau yang dilucutkan keanggotaannya daripada PKM pada 1968, terus berada di Beijing, China dengan menyambung hidupnya dengan bekerja di kilang besi selain memberi khidmat kepakaran Bahasa Melayu kepada Radio Beijing serta Institut Bahasa Asing Beijing.

Beliau sekeluarga akhirnya kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994, selepas termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang ditandatangani di Haadyai, Thailand pada 1989.

-- BERNAMA

Shamsiah Fakeh menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2008, jam 9 pagi di kediaman anak lelakinya di Kodominium de Tropicana, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor. Jenazah beliau, 84, yang mengalami sakit tua telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Perginya pemimpin wanita berhaluan kiri
Oleh ROOSFA HASHIM
pejuang politik berhaluan kiri dan bekas Ketua Umum Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Shamsiah Fakeh meninggal dunia pukul 9 pagi semalam pada usia 84 tahun kerana sakit tua.
Anak kedua daripada lapan orang adik-beradik itu lahir di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Ayahnya seorang peniaga, Sutan bin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai 'Fakeh' kerana dihormati atas keilmuan agamanya yang tinggi. Ibunya bernama Sa Asma binti Nonggok. Ibu dan ayahnya adalah perantau dari Padang, Sumatera yang berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di Kuala Pilah.
Shamsiah pernah mengajar di Madrasah al-Akhlak Islamiyah, Masjid Tinggi, Bagan Serai pada 1945 dan bermulalah kegiatannya menyuntikkan semangat anti-Inggeris dan perjuangan kemerdekaan kepada masyarakat setempat.
Ketika usianya 24 tahun, beliau menerima undangan pucuk pimpinan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bagi menyertai parti itu dan menjadi Ketua Umum AWAS, iaitu sayap wanita PKMM menggantikan Aishah Ghani yang meletakkan jawatan.
AWAS kemudian dipimpin oleh Shamsiah untuk menyertai gabungan Pusat Tenaga Rakyat - All Malayan Council of Joint Action (PUTERA-AMCJA). Shamsiah juga membawa AWAS bekerjasama dengan Angkatan Pemuda Insaf (API), pimpinan Ahmad Boestamam bagi menaikkan semangat pemuda pemudi Tanah Melayu ke arah kemerdekaan.
Gandingan suami isteri pemimpin API-AWAS, Ahmad Boestamam-Shamsiah ini telah menjadi pemangkin dalam mempercepat kepanasan semangat nasionalisme dalam kalangan anak muda di Tanah Melayu.
Selepas berpisah dengan Boestamam, Shamsiah berkahwin pula dengan Wahi Annuar, pemimpin Ikatan Pemuda Tanah Air yang juga bekerja rapat dengan PKM.
Menentang
AWAS menganjurkan Hari Wanita Pekerja Antarabangsa di Jenderam, Selangor pada 8 Mac 1947. Shamsiah juga memimpin ahli-ahli AWAS turut serta dalam rapat umum dan perarakan anjuran Pembela Tanah Air (PETA) di Temerloh pada penghujung Mac 1948 bagi menentang penjajahan Inggeris. Tumpuan beliau juga diberikan bagi mengukuhkan AWAS di Pahang khususnya di Lubuk Kawah, Temerloh sehingga berjaya mengumpulkan 65,000 ahli dalam 67 cawangan.
Selepas Inggeris mengisytiharkan darurat, Shamsiah diburu manakala PKM, PKMM dan AWAS diharamkan. Semua kegiatan radikal dan komunisme diharamkan. Shamsiah dan teman-temannya berundur ke dalam hutan di Temerloh dan menyertai Rejimen Ke-10, pasukan gerila Melayu pimpinan Abdullah C.D. yang juga bekas pimpinan pusat PKMM dan anggota Jawatankuasa Pusat, Parti Komunis Malaya. Dengan tekanan yang diterima, Rejimen Ke-10 berundur lebih jauh ke sempadan Malaysia - Thailand pada 1953.
Shamsiah kemudian dihantar oleh PKM ke China sebelum ditukarkan bersama suaminya Ibrahim Mohamad ke Jakarta dan berkhidmat dalam Liga Pembebasan Nasional Malaya (LPNM).
Di Jakarta mereka berdua berkhidmat bersama Abdullah Sudin dari Singapura. Dengan tercetusnya Gestapu (30 September 1965), Sukarno digulingkan, Shamsiah dan teman-temannya dalam LPNM ditangkap dan dibuang negeri ke China. Bagi meneruskan hidupnya, Shamsiah bekerja di kilang besi.
Shamsiah tidak lagi aktif berjuang bersama PKM sejak 1968. PKM menandatangani perjanjian damai dengan Kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 di Haadyai dan ketika itu Shamsiah dan keluarganya masih berada di China.
Beliau kembali ke Malaysia pada 23 Julai 1994. Apabila kembali ke tanah air, Shamsiah menulis kisah hidupnya dan menerbitkannya dengan judul Memoir Shamsiah Fakeh: Dari Awas ke Rejimen Ke-10.
Shamsiah dan AWAS akan terus dicatat dalam sejarah sebagai pejuang dan pertubuhan berhaluan kiri.
Shamsiah Fakeh meninggal dunia
KUALA LUMPUR 20 Okt. - Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Shamsiah Fakeh, 84, atau nama sebenarnya Shamsiah Sutan meninggal dunia akibat sakit tua dan jangkitan pada paru-paru, di kediaman anaknya di Kondominium D'Tropicana, Jalan Kuchai Lama di sini.
Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Wanita Sedar (Awas), sebuah parti politik sayap kiri kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9 pagi.
Salah seorang anaknya, Jamaluddin Ibrahim, 46, memberitahu, ibunya sudah dapat merasakan akan pergi buat selama-lamanya dengan meminta dikeluarkan dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Sabtu lalu.
''Beliau memang sudah berpesan kalau boleh mahu meninggal dunia di rumah anaknya daripada di hospital,'' katanya.
Menurutnya lagi, arwah ibunya berada dalam keadaan baik semasa hari pertama di rumah selepas keluar dari hospital semalam.
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Sungai Besi selepas solat asar.
Shamsiah Fakeh dilahirkan pada 1924 di Kuala Pilah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Agama Rahmah Al-Yunusiah, Padang Panjang, Sumatera.
Beliau merupakan antara tokoh perjuangan kemerdekaan yang dilabel dalam golongan kelompok kiri seangkatan dengan Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Burhanuddin Helmi.
Selepas menubuhkan Awas, pertubuhan parti politik itu diharamkan di bawah Undang-Undang Darurat yang diisytiharkan British pada 20 Jun 1948, telah memaksa beliau melarikan diri ke hutan dan menyertai perjuangan bersenjata PKM.
Kemudian, beliau bersama rakan sekutunya bergerak ke sempadan Malaysia-Thailand pada tahun 1953.
Berkahwin dengan Ibrahim Mohamad pada 1 Jun 1956, beliau dikurniakan tiga orang anak, Shamsuddin, Kamaruddin dan Jamaluddin.
Setelah sekian lama bersama PKM, akhirnya beliau menyerah diri kepada kerajaan Malaysia pada tahun 1980 mengikut jejak langkah bekas Pengerusi PKM, Musa Ahmad.
Beliau pulang ke tanah air pada 1994 bersama suami dan anak-anaknya setelah mendapat kebenaran kerajaan Malaysia.

Thursday, October 16, 2008

Rumah Terbuka Aidilfitri AIC - 25/10/2008

AIC akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri. Ia bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama sahabat dan bersama menyambut kedatangan Syawal yang Mulia dengan penuh kesyukuran.
Untuk tidak menyulitkan pihak pengurusan, sila maklumkan kehadiran anda di dalam forum sebelum 19 Oktober 2008.
TARIKH : 25th October 2008
MASA : 1 p.m - 6 p.m
TEMPAT : PEJABAT AIC & YAYASAN AMAN, SEKSYEN 16/4 PETALING JAYA
PERHATIAN:
*Untuk tidak menyulitkan pihak pengurusan, sila maklumkan kehadiran anda di dalam forum sebelum 19hb oktober 2008.
*Sila buat pengesahan kehadiran, di Forum AIC: click here , HARAP MAKLUM

Tuesday, October 14, 2008

Hari Raya Open House YB Hannah Yeoh








Date : 25 October 2008
Time : 12pm to 2pm
Venue : Dewan Serbaguna MPSJ
Jalan SS 15/4
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan.
(next to Modern Market)

Syawal 1429

Thursday, October 9, 2008

Hakim batal larangan terhadap media






Oct 9, 08 11:35pm

Hakim Mahkamah Sesyen S.M.Komathy hari ini membatalkan keputusan awalnya yang melarang media daripada menyiarkan kandungan tiga bahan bukti yang dikemukakan pada prosiding sebelum ini berkaitan perbicaraan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, beliau mengeluarkan perintah larangan itu berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang berhujah bahawa penyiaran bahan itu akan mencemarkan lagi nama baik Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bahan bukti yang dimaksudkan ialah dua kenyataan tuntutan yang difailkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan pegawai penyiasat dalam kes Anwar pada 1998 Datuk Mat Zain Ibrahim serta laporan akhbar mengenai kejadian "mata lebam" Anwar.

Pada permulaan prosiding hari ini, menurut Bernama, Sulaiman Abdullah, peguam utama Anwar, berkata media tidak sepatutnya dilarang berbuat demikian kerana kandungan dokumen yang terdapat dalam affidavit Anwar itu telah dibaca di mahkamah terbuka dan ini menjadikannya dokumen awam.

Kata beliau lagi: "Dua kenyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur serta menjadi dokumen awam dan oleh itu, boleh disiarkan. Orang ramai berhak untuk tahu apa yang berlaku di mahkamah."Mata Anwar lebam pada 1998 akibat dipukul Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Rahim Noor di lokap Bukit Aman.

Kini, ketua pembangkang berusia 60 tahun itu menghadapi tuduhan melakukan hubungan seks luar tabie secara sukarela dengan bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Kini, Anwar dikenakan ikat jamin peribadi RM20,000.

Anwar memfailkan affidavit berkenaan bagi menyokong permohonannya untuk membantah usaha pihak pendakwa memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dengan mempertikaikan kesahan sijil pemindahan yang ditandatangani Abdul Gani, yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berikutan satu laporan polis yang dibuat Anwar terhadapnya atas tuduhan mengada-adakan bukti dalam siasatan kes mata lebam itu.

Sulaiman berkata pihak pendakwa tidak memberi sebarang sebab yang meyakinkan kenapa tiga bahan bukti itu perlu ditegah daripada disiarkan, sedangkan ia tidak boleh dipisahkan daripada affidavit berkenaan."Setelah bahan bukti itu dibaca di mahkamah, ia tidak boleh disekat daripada disiarkan. Perintah yang melarang penyiarannya menafikan hak orang ramai untuk mengetahui apa yang berlaku di mahkamah," kata Sulaiman.

Beliau berkata 10 tahun lepas, pendakwa membantah permohonan Anwar agar bahan bukti tertentu berkaitan Musa dilarang daripada disiarkan, tetapi kini, pendakwa sendiri memohon perintah larangan apabila ia membabitkan Abdul Gani.

"Pendakwa tidak sepatutnya mengemukakan permohonan itu untuk pihak ketiga. Sepatutnya, Abdul Gani sendiri mengemukakan permohonan bagi mengetepikan afidavit Anwar," katanya.

Ketika mengetepikan perintah larangan itu, Komathy merujuk kepada satu kes undang-undang yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu ketika itu Datuk Sulong Matjeraie berhubung kes rasuah melibatkan bekas pengarah urusan Sawit Kinabalu Group Datuk Wasli Mohamad Said.

Dalam kes itu, keputusan dibuat bahawa Perintah Peraturan 41 5(2) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 memperuntukkan bahawa sesuatu affidavit bersumpah yang dibuat bagi tujuan digunakan dalam prosiding interlokutori, boleh mengandungi kenyataan maklumat atau kepercayaan yang mempunyai hubungan dengan sumber serta asasnya.

Dengan itu, Komathy membuat keputusan bahawa kandungan bahan bukti daripada affidavit Anwar boleh diterima.Perbicaraan akan disambung pada 31 Oktober bagi mendengar hujah tentang kesahan sijil pemindahan.

Hakim berkenaan menetapkan tarikh itu setelah Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana Parlimen akan bersidang dari 13 Okt hingga 11 Disember, maka Anwar, sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, perlu menghadirinya.

Sulaiman juga berkata Parlimen akan bersidang dari Isnin hingga Khamis dan Anwar hanya mempunyai kelapangan pada hari Jumaat.

Wednesday, October 8, 2008

Abdullah Tidak Pertahankan Jawatan Presiden Umno

















08 Oktober, 2008 17:59 PM
by: Ramjit

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan akan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun depan.
Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di sini, Rabu.

Katanya beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas perhimpunan agung Umno pada Mac nanti.

Secara tradisinya, Presiden Umno menjadi Perdana Menteri dan juga Pengerusi Barisan Nasional.

Ini bermakna peralihan kuasa kepada Najib yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010, akan diawalkan setahun.

Pada satu mesyuarat khas baru-baru ini, Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan menangguhkan perhimpunan agung parti dari Disember ini ke Mac tahun depan bagi melincinkan proses peralihan kuasa itu.

Abdullah berkata sepanjang 46 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau sentiasa dipandu oleh hati nuraninya."Saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara.

Dengan meletak perkara itu di dalam fikiran mendorong saya mengumumkan tidak akan bertanding Presiden UMNO.

Saya tidak mahu melihat parti dan kerajaan campuran berpecah belah tetapi sesuatu yang bersatu dan harmoni.

"Barisan Nasional yang bersatupadu adalah penting bagi negara menghadapi cabaran global dan untuk Malaysia menjadi negara yang maju sepenuhnya, yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua," katanya.

Abdullah berkata ada beberapa inisiatif yang beliau mahu melihat ia dilaksanakan sebelum menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal penggantinya.

Katanya inisiatif-inisiatif itu adalah penting bagi membolehkan Malaysia mengharungi cabaran untuk terus melangkah maju dan juga diperlukan bagi memperbaiki daya saing negara.

Mengulas mengenai rancangannya sebelum meletak jawatan, Abdullah berkata beliau ingin melihat misinya diteruskan dan berharap penggantinya akan meneruskan agenda itu.

"Saya mahu menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada pengganti saya sebuah negara Malaysia yang mampu mengharungi cabaran ekonomi global, negara Malaysia yang tidak kaya dan tidak miskin, tidak mengira muda atau tua atau bandar atau kampung, bukan Utara dan Selatan dan bukan hanya sebuah agama atau lain-lain tetapi sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni."Ini bukan masanya untuk bergaduh atau mempunyai pandangan politik sempit tetapi untuk kejayaan, perpaduan dan kerjasama," katanya.

Abdullah juga berjanji bahawa dalam tempoh lima bulan akan datang beliau akan meneruskan usaha pembaharuan dalam bidang kehakiman dengan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus dan berdasarkan merit.

Dalam mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan turut serta bersama-samanya bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, Abdullah berkata beliau akan membentangkan Rang Undang-undang untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Parlimen menjelang akhir tahun ini sebagai usaha berterusan untuk membanteras gejala rasuah secara efektif.

Beliau juga bercadang untuk menyelesaikan penubuhan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuh integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan sebagai sebahagian daripada pelbagai usaha untuk menguatkan institusi itu di negara ini.

Perdana Menteri juga berjanji untuk menubuhkan Suruhanjaya untuk mengukuhkan integrasi di antara pelbagai kaum di negara ini.Abdullah berkata beliau ingin melihat kerajaan dan juga Barisan Nasional memperbaharui komitmen ke arah membina sebuah negara yang bersatupadu dan harmoni.

"Masyarakat telah melihat kemerosotan yang mengejutkan dalam hubungan antara kaum dan agama. Pelbagai isu berbangkit yang mengancam kehidupan rakyat negara ini," katanya.

Abdullah berkata: "Kita perlu bijak menangani isu ini, melalui dialog: menanganinya secara konstruktif dan adil: menjamin ketelusan dan tanpa sebarang keraguan dan memberikan fokus kepada aspek-aspek yang akan menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua."

Sehubungan itu, Abdullah berkata beliau akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional awal tahun depan sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan kejayaannya.

Mengenai ekonomi, Abdullah berkata beliau banyak bercakap mengenai keperluan bagi memastikan kekayaan dan hasil kemakmuran negara diagih-agihkan.

Dalam Bajet 2009, Abdullah berkata beliau telah menjelaskan mengenai komitmen kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan jaringan keselamatan sosial.

"Kita akan meningkatkan usaha bagi memastikan pelaksanaan inisiatif itu disegerakan bagi membantu rakyat malaysia yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama.

Saya akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas yang akan dapat mula dinikmati di Iskandar dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di seluruh negara," katanya.

Abdullah berkata disebalik rekod kejayaan negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkeyakinan penuh bahawa Malaysia kini berada di persimpangan bersejarah.

"Kita mesti memperbaharui beberapa elemen negara kita, kita perlu berani membuat perubahan, kita perlu mempercepatkan evolusi dan proses pematangan atau kita menanggung risiko kehilangan kesemua yang kita capai dalam tempoh 50 tahun," katanya.

Beliau berkata dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati.

Sementara itu, ketika menjawab soalan media, Abdullah berkata beliau tidak menyesal di atas keterbukaannya dalam beberapa isu kerana beliau percaya ia memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya tidak menyesal dengan apa yang telah saya lakukan, bagaimana reaksi orang ramai dan cara mereka bertindakbalas, apa yang mereka fikir bukan menjadi masalah. Kita telah melakukannya dan saya percaya perubahan akan mendatangkan yang berkesan kepada rakyat."Saya sentiasa percaya perlu ada lebih ruang bagi membincangkan demokrasi. Ia telah menjadi kepercayaan saya sejak begitu lama dan apa yang saya lakukan adalah saya zahirkannya di dalam manisfesto pilihanraya 2004," katanya ketika ditanya sama ada beliau kesal dengan sesetengah daripada keputusannya untuk bersikap lebih terbuka dalam banyak isu yang dipercayai menjadi punca memaksa beliau meletak jawatan.

Perdana Menteri berkata beliau berasa "tidak apa" selagi BN masih memimpin negara ini.

"Saya percaya kerajaan mampu kekal kuat, sehingga kita menghadapi pilihan raya umum akan datang, tidak kira bila, Insya Allah kita akan menang," katanya.

Abdullah yang kelihatan ceria dan banyak tersenyum juga menolak dakwaan bahawa beliau dipaksa meletak jawatan oleh beberapa pemimpin.

"Saya tahu saya tidak menjalankan kerja sebaiknya semasa pilihanraya. Saya fikir, sebelum orang lain mengambil alih, kita memerlukan pemimpin-pemimpin generasi baru, dan saya fikir tidak ada salahnya dengan perkara itu," katanya sambil menambah bahawa beliau membuat keputusan atas rasa kecintaan beliau kepada UMNO dan BN.

Menjawab soalan lain, Abdullah berkata beliau akan berbincang berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Najib selepas Perhimpunan Agung UMNO pada April nanti.

"Pada satu peringkat saya perlu menyerahkannya kepada pengganti saya. Siapa pengganti saya? Saya berharap Datuk Seri Mohd Najib. Dan tahu mengapa saya berkata berharap? Kerana beliau bertanding dalam pemilihan, kalau tidak okay. Beliau terpaksa bertanding dalam pemilihan sebagai Presiden UMNO dulu. Saya percaya beliau boleh menang."Selepas Datuk Najib telah menjadi Presiden dan saya harap beliau akan menjadi Presiden, baru kami akan berbincang mengenainya," kata Abdullah.

Menjawab soalan sama ada pemimpin-pemimpin komponen parti yang lain menerima Najib sebagai pengganti beliau, Abdullah berkata mereka menerimanya."Mereka sambut baik. Itu terserah kepada mereka, saya tak memujuk, tak ada kata apa-apa. Apa yang mereka lahirkan adalah pandangan mereka," katanya.

Ketika ditanya apa akan dilakukannya jika beliau masih menerima pencalonan untuk jawatan itu, Abdullah berkata: "Saya dah buat keputusan. Orang nak calonkan, apa kita boleh buat, kita dah beritahu awal-awal lagi dah."

-- BERNAMA

Monday, October 6, 2008

Perutusan Aidilfitri Presiden PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Sun Oct 05, 08 10:57:07 am MYT

Syukur ke hadrat Allah kerana kita berjaya menempuh bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Tiadalah hadiah kejayaan yang terlebih besar dan istimewa dari kejayaan memperoleh status takwa.


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa." (maksud al-Baqarah: 103)

Ketakwaan ini akan membawa kita untuk terus beristiqamah dalam menyongsong perjuangan yang serba mencabar ini.

Ingatlah bahawa kejayaan bagi kita selaku pendokong gerakan Islam adalah bukan sahaja kejayaan di dunia malah lebih-lebih lagi di akhirat yang kekal abadi.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (maksud al-Ahzab: 71)

Semoga kurnia takwa ini akan mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya.

Dalam meniti liku-liku perjuangan yang penuh cabaran dan mehnah ini, akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa kita pelihara sebagaimana kita memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya.

Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita pada setiap ketika.Walaupun Ramadan al-Mubarak bakal berlalu pergi, semua ahli di pelbagai peringkat parti perlulah terus menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jamaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.

Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah bagi ahli-ahli baru nanti selain dari memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada.

Jadikanlah program ziarah menziarahi pada Syawal ini sebagai medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat.

Pimpinlah rakyat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini.

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana kamu mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai dari daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (maksud al-Kahfi: 28)

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

DATO' SERI TUAN GURU ABD HADI AWANG - mr _

Friday, October 3, 2008

Kit Siang 'Beraya' Di Rumah Presiden PAS

Ditulis oleh SM Noor & WanKay
Friday, 03 October 2008

Marang - Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Aidil Fitri, di rumahnya di Kampung Rhusila dekat sini semalam.

Kit Siang hadir dengan diiringi oleh rombongan anggota DAP Terengganu tiba di perkarangan rumah Tok Guru pada jam 9.27 malam.


Kedua-dua pimpinan parti Pakatan Rakyat itu telah berbincang dan beramah mesra sambil menikmati hidangan juadah dan kuih raya.Antara pokok perbincangan mereka adalah berkisar sekitar isu-isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.

Buletinonline difahamkan Kit Siang akan disertai oleh beberapa pimpinan DAP lain dalam rangka percutian sempena Aidil Fitri.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha DAP Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

"Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social, "ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama,

"sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini," kata Guan Eng dalam perutusan Eidulfitrinya yang dipetik Harakahdaily.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

Katanya al-Quran menyebut mengenai Amar Ma’aruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan dan yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua.

Menurutnya bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan. "Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.

Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

Perutusan Presiden PAS



Sambutan Eidulfitr

Eidulfitr tahun ini disambut bersama keluarga; ke rumah mertua di Ampang, ayah di Country Height dan juga menziarah kubur mendoakan Allahyarhamah bonda Che Yan dan Allahyarham kekanda A. Rani di Bukit Kiara.

Sekali lagi dipohon maaf di atas segala keterlanjuran. Juga kerana tidak sempat menjawab ribuan SMS, emel dan kad ucapan eid mubarak.

Izinkan saya ulangi ucapan minal aidin walfaizin walmaqbulin.

Di celah kesibukan bersilatur rahmi dan bermaafan bersama keluarga, saya sempat membaca komen blog. Saya hargai kesediaan ramai yang menunjukkan keprihatinan tentang permasalahan umat dan negara.

Terlintas juga komen cacian dan fitnah dan berakhir dengan ungkapan mainan mereka - maaf zahir batin. Demikian gelagat kumpulan kecil yang mempamerkan kejahilan, sedia mempertahankan kezaliman ISA, rasuah dan keangkuhan kuasa.

ANWAR IBRAHIM

MAJLIS RUMAH TERBUKA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM 12 OKTOBER 2008
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menjemput orang ramai ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada 12 Oktober 2008.
Berikut adalah butiran Majlis Rumah Terbuka:
Tarikh: 12 Oktober (Ahad)Masa: 2–5 petang
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bagi mengelakkan kesesakan bolehlah menggunakan pengangkutan awam:
1) Pengguna LRT boleh menggunakan stesen Kampung Baru dan berjalan ke arah ‘Nasi Lemak Antarabangsa’, sebelum melintasi jalan untuk ke KSS. Jarak berjalan kaki kira kira 250 meter.
2) Pengguna Monorail boleh menggunakan stesen Jalan Sultan Ismail (berhampiran Concorde Hotel) berjalan ke arah Kg. Baru - Hotel Renaissance. Jarak berjalan kaki kira 350 meter.
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim