cna

Aljazeera

Tuesday, January 20, 2009

Perhimpunan bantah PPSMI pada 7 Mac


Jimadie Shah Othman Jan 21, 09 12:05pm

Perhimpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membantah pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada 7 Mac depan.

Sempena perhimpunan tersebut, GMP juga akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesai isu tersebut.

Pengerusi jawatankuasa induknya, Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu malam tadi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di Shah Alam.

Bagaimanapun, kata beliau yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), butiran terperinci mengenai perhimpunan belum diputuskan.

Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah mesyuarat malam tadi menimbang cadangannya supaya mengkaji baik-buruk rancangan mengadakan perhimpunan tersebut.

Ketika membentangkan cadangan itu malam tadi, Dr Hassan difaham memaklum kepada mesyuarat bahawa ramai yang belum memahami sepenuhnya tujuan bantahan itu hendak diadakan.

Beliau juga difahamkan mencadangkan supaya diadakan kempen penerangan bagi membolehkan semua pihak benar-benar memahami isu tersebut, sebelum perhimpunan besar itu diadakan.

Bukan anti-kerajaan

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Hassan berkata, setelah cadangannya itu diusulkan dan diperbincangkan, mesyuarat sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu pada 7 Mac depan.

Bagaimanpun, katanya, mereka menghadiri mesyuarat tersebut sepakat untuk meneruskan perhimpunan itu mengikut garis panduan yang dipersetujui.

Antaranya, tambah beliau, ialah perhimpunan itu tidak boleh dilihat bercirikan kegasanan dan perkauman.

"Kalau bentuknya macam Hindraf (Barisan Bertindak Hak Hindu), saya tak nak (terlibat)," katanya sekali lagi mengulangi pendirian yang ditegaskannya semalam.

Menjawab soalan, beliau menegaskan perjuangan GMP bukan berasaskan perkauman - untuk bangsa Melayu sahaja.

Sebaliknya, tegas Dr Hassan perjuangan mereka adalah perjuangan kebangsaan dan untuk kebaikan semua kaum.

Beliau juga berharap gabungan itu tidak dilihat sebagai anti-kerajaan dan pro-pembangkang hanya kerana ia turut dianggotai ahli politik pembangkang manakala mesyuarat malam tadi diadakan di bangunan SUK Selangor yang diteraju Pakatan Rakyat.

"Di awal mesyuarat, saya beritahu semua, termasuk, (Timbalan Presiden PAS) Nasaruddin (Mat Isa) sendiri bahawa mereka bukan mewakili mana-mana parti politik tetapi atas dasar sebagai pejuang bahasa," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/96880

The FULL SPEECH of Barack Obama on Inauguration Day 2009 [Part 2]

The FULL SPEECH of Barack Obama on Inauguration Day 2009 [Part 1]

Neil Sedaka-You Mean Everything To Me

you mean everything to me- neil sedaka

Diari YB: Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, MB Kelantan (43 minit)

Monday, January 19, 2009

Assubhubada

Sami Yusuf - Hasbi rabbi

Sami Yusuf - Allahu Allah (with pictures)

Islamic Song: Ya Nabi Salam Alyka

Ya Nabi Salamun Alaika - Raihan

Irwansyah feat. Acha Septriasa - My Heart

Rossa - Ayat-ayat Cinta (High quality - Better Audio)

Panggilan Kaabah

Orkes El Suraya Medan - Panggilan Kaabah *Original Audio

Qatrunada - Shalawat Badar

Tausyeh Allahu Allah by An-Nida

Tausyeh Solawat Quraniah by An-Nida

Rabbani - Muhammad Ya Habibi (MTV)

Nur Selawat- Tola'al Badru 'alaina 2

Nasyid: Solla 'Alaikallah (May Allah Bless You) - In-Team

www.downloadquran.net download quran mp3

Surah 30: Ar-Rum (The Romans) Verses 1-30

Sunday, January 11, 2009

Natsir, Politikus Intelektual

Anwar Ibrahim
Mantan Wakil Perdana Menteri Malaysia

PERTEMUAN pertama dengan Pak Natsir adalah juga introduksi saya secara intim dengan Indonesia. Perkenalan itu terjadi pada 1967, ketika hubungan diplomatik di antara kedua negara—Indonesia dan Malaysia—pulih setelah mengalami konfrontasi. Sebelum pertemuan itu, saya hanya menghidu Indonesia dari sedikit pengetahuan sejarah melalui novel-novel Abdoel Moeis, Marah Roesli, Hamka, dan lain-lain.

Pada masa konfrontasi, saya terpukau oleh pidato-pidato Soekarno di hari Lebaran melalui Radio Republik Indonesia siaran Medan, yang saya dengar di kampung saya di Pulau Pinang. Ayah saya, yang ketika itu anggota parlemen dari partai pemerintah, ternyata tak senang dengan keasyikan saya ini.

Maka, ketika Himpunan Mahasiswa Islam yang dipimpin Cak Nur menyambut saya dan beberapa pemimpin mahasiswa Malaysia di Indonesia, tak ubahnyalah itu laksana menemui kekasih yang belum pernah ditemui. Rekan-rekan HMI, seperti Fahmi Idris, Mar’ie Muhammad, dan Ekky Syahruddin membawa saya, yang ketika itu baru berumur sekitar 20 tahun, menemui Pak Natsir. Karena saya begitu muda, dan melihat Pak Natsir sebagai mantan perdana menteri, pernah memimpin Masyumi—aliansi partai dan organisasi Islam yang terbesar di dunia—saya lebih banyak mendengar dari berkata-kata.

Apa yang terkesan bagi saya hingga hari ini dari pertemuan yang pertama itu adalah sosok, sikap, dan tingkah beliau yang amat sederhana. Selepas pertemuan dengan Pak Natsir, saya ke Bandung, dan di sana saya dibawa ke sebuah toko buku Van Hoeve yang secara zahirnya kelihatan usang dan berdebu. Toko buku tersebut merupakan penerbit karya-karya besar kajian Indonesia, seperti karya Van Leur, Indonesian Trade and Society, dan karya B. Schrieke, Indonesian Sociological Studies. Di toko itu, dan di atas lantainya yang berdebu, saya menemukan kedua buku tersebut serta dua jilid Capita Selecta, lantas membelinya.

Sejak zaman muda saya memang memberikan perhatian terhadap peran, ide, gagasan, serta ideologi dalam perjuang­an dan gerakan politik. Saya kagum terhadap intelektualitas dan gagasan para filsuf. Melalui Capita Selecta saya tampak sosok intelektual Mohammad Natsir. Melaluinya saya mengenali Henri Pirenne, nama yang kini mungkin kurang dikenal, tapi di masa itu tesisnya mencetuskan polemik besar di universitas-universitas di Eropa dan pengkaji-pengkaji tamadun Barat. Muhammad et Charlemagne, yang ditulis oleh Pirenne, melontarkan gagasan bagaimana Islam menjadi faktor penentu ­dalam sejarah Eropa. Ketika itu tesis ini sungguh radikal, tapi sekarang sudah diterima umum di kalangan sarjana bahwa tanpa Islam, tamadun Barat tidak akan menghasilkan renaisans, tradisi rasionalisme, dan humanisme.

Sejak pertemuan pertama itu, setiap ke Jakarta dan mengunjungi Pak Natsir, saya diperkaya oleh imbauan baru berkaitan dengan isu umat Islam, sosial, dan politik mutakhir. Tatkala saya sudah membentuk Angkatan Belia Islam Malaysia, beliau senantiasa mengingatkan saya akan realitas sosial di Malaysia, dengan kehadiran jumlah masyarakat Cina, India, dan lain-lainnya yang substantif. Beliau sangat positif dan senantiasa menggalakkan interaksi serta dialog di antara organisasi Islam dan masyarakat bukan Islam. Sewaktu menjadi Menteri Keuangan, tatkala memacu pertumbuhan ekonomi, saya sering meng­ulangi pesan Mohammad Natsir, jangan kita membangun sambil merobohkan: membangun gedung sambil merobohkan akhlak, membangun industri sambil menindas pekerja, membina prasarana sambil memusnahkan lingkungan.

Pada 2004-2006 saya di Universitas Oxford, Inggris, dan beberapa universitas lainnya di Amerika Serikat, khususnya di Universitas Georgetown. Di universitas ini saya memberikan mata kuliah yang khusus tentang rantau ini, karena selama ini kajian Islam kontemporer hanya bertumpu di Timur Tengah dan negara-negara Arab, tempat resistansi terhadap demokrasi begitu kuat, sehingga muncul persepsi bahwa Islam tidak sejajar ataupun compatible dengan demokrasi.

Saya merasakan pengkaji-pengkaji Islam kontemporer di Barat tidak berlaku adil terhadap Natsir dan perjuangan umat Islam Indonesia umumnya. Sekiranya mereka mengkaji pemikiran Natsir dan Gerakan Masyumi serta sejarah ”demokrasi konstitusional” di Indonesia sebelum dihancurkan oleh Orde Lama, persoalan compatibility atau kesejajaran Islam dan demokrasi itu tidak akan timbul. Satu-satunya sarjana Barat yang berlaku adil terhadap Natsir dan Masyumi sebagai pelopor constitutional democracy di dunia membangun selepas Perang Dunia Kedua ialah sarjana besar Herbert Feith, yang magnum opus-nya berjudul The Decline of Constitutional Democracy in Indonesia.

Namun saya tidak melihat Pak Natsir sebagai demokrat yang terisolasi. Beliau berada di dalam tradisi Islam Indonesia yang inklusif, dari tokoh seperti Oemar Said Co­kroaminoto, Agus Salim, dan Wahid Hasyim. Di negara Arab kita menyaksikan pembenturan yang tajam antara tokoh-tokoh sekularis dan tokoh-tokoh islamis, antara Taha Hussain dan penghujah-penghujahnya dari Universitas Al-Azhar. Di Indonesia saya tidak menyaksikan pertembungan yang sebegini antara Sutan Takdir Alisjahbana yang memiliki orientasi yang hampir sama dengan Taha Hussain dan tokoh-tokoh Islam.

Negosiasi kreatif antara intelektual sekuler tapi tidak bermusuhan dengan Islam, dengan intelektual muslim yang ditampilkan oleh Natsir, amat bermakna bagi generasi muda muslim di Malaysia. Di Kuala Lumpur hari ini terdapat anak-anak muda yang mengunyah Polemik Kebudayaan, tapi mereka juga sebahagian dari gerakan Islam yang meneliti Capita Selecta. Debat Natsir-Soekarno tentang negara Islam dan sekularisme juga menarik bagi mereka dan mereka kira masih relevan dalam negosiasi Islam serta ruang awam di Malaysia.

http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/2008/07/14/LK/mbm.20080714.LK127676.id.html

Wednesday, January 7, 2009

Sistem Kapitalisme Barat Gagal

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Sistem kapitalisme Anglo-Saxon yang diamalkan selama ini oleh Barat telah gagal dan membawa kehancuran kepada ekonomi dunia kerana ia berasaskan ketamakan, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata sistem itu yang mengalakkan spekulasi, membawa kepada pewujudan pelbagai jenis dana serta produk yang begitu kompleks dan tidak masuk akal yang membolehkan begitu banyak pinjaman dibuat.

"Sekiranya sistem perbankan Islam diwujudkan lebih awal lagi kemungkinan besar kehancuran ini tidak akan berlaku kerana ia tidak akan membawa kepada pinjaman berlipat ganda dan berasaskan aset," katanya dalam temu bual rancangan Dialog@1 di TV1, malam ini.

Beliau berkata kehancuran sistem kapitalisme Anglo-Saxon sebenarnya bermula sejak tahun 80-an yang telah memberi kebebasan keterlaluan kepada pihak swasta di mana kerajaan tidak mempunyai peranan langsung dalam ekonomi.

Menurutnya, sistem kapitalisme ini telah menjadi sistem utama di Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara maju lain yang turut terikut-ikut dengan sistem tersebut.

"Sistem ini sangat percaya kepada sektor swasta dan kerajaan tidak perlu memainkan peranan untuk mengawal sistem swasta itu dengan harapan kononnya ia akan menjanakan ekonomi dengan sendiri.

"Kita lihat begitu banyak spekulasi yang telah wujud dalam sistem sejak tahun 1997/98 dimana harga komoditi telah melambung tinggi, sehingga harga minyak mencatat rekod sebanyak AS$140 setong beberapa bulan yang lalu berbanding AS$80 sebelum itu.

"Ini adalah kerana spekulasi yang berasaskan ketamakan yang tidak berketepian," katanya.

Akhirnya, katanya, keyakinan terhadap ekonomi terjejas sehingga bank-bank terkemuka bukan sahaja tidak memberi pinjaman kepada pelanggan, tetapi juga kepada bank-bank terkemuka yang lain.

"Ini mengakibatkan satu kerapuhan dalam sistem kewangan kredit AS," kata beliau.

Malaysia, sebagai negara yang mengekspot kepada negara-negara besar ini juga akan merasa tempias akibat masalah di negara-negara maju.

"Dengan ini, saya anggap 2009 sebagai satu tahun yang sungguh mencabar untuk kita semua," kata beliau.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=382182

Sunday, January 4, 2009

Insiden Tahan Bas Pengundi Hantu Tidak Berulang

04 Januari, 2009 21:31 PM

SHAH ALAM, 4 Jan (Bernama) -- PAS memberi jaminan bahawa insiden menahan beberapa bas yang didakwa membawa pengundi hantu ke Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum Mac lepas, tidak akan berulang pada pilihan raya kecil kawasan berkenaan, 17 Jan ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali berkata beliau sudah mengarahkan semua petugas di kawasan pilihan raya itu supaya sentiasa mematuhi segala arahan dan peraturan yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis berhubung perjalanan pilihan raya berkenaan.

"Dan jika ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku semasa tarikh pengundian pilihan raya kecil berkenaan, maka saya di sini memberikan jaminan bahawa ia tidak akan datang daripada pihak kami dari PAS," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan Bersama 'Abdul Wahid Endut' di Dewan Perpustakaan Awam Selangor di sini petang ini.

Turut hadir pada program itu ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mustafa berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa lelaki, dipercayai penyokong PAS, pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, bertindak agresif menahan sembilan bas yang membawa sekumpulan pelajar universiti dari Lembah Klang dan Utara tanah air untuk mengundi di kawasan masing-masing sekitar Kuala Terengganu, kerana mendakwa bas terbabit membawa pengundi hantu.

Sementara itu, Mustafa dalam ucapannya berkata pilihan raya kecil kali ini penting kepada PAS dan Barisan Nasional (BN) kerana ia akan menjadi petunjuk tentang apa yang akan berlaku di Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Kalau pada pilihan raya ni BN dapat kekalkan kemenangan maknanya kita akan ada masalah tapi kalau (PAS) menang, peluang untuk menang dan perintah semula Terengganu masa PRU 13 nanti amat cerah," katanya.

Beliau berkata pertemuan anak-anak Terengganu yang berada di perantauan bersama Abdul Wahid hari ini merupakan yang pertama dan terakhir kerana selepas ini calon itu akan memberi tumpuan untuk berkempen di Kuala Terengganu.

"Tapi kita akan buat juga pertemuan serupa ini di beberapa tempat tanpa beliau bagi memujuk pengundi kita balik mengundi," katanya.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam akan ditentang Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

-- BERNAMA