cna

Aljazeera

Tuesday, September 28, 2010

Konvokesyen Program Pengajian Awam Syariah / Usuluddin - Sabtu 25 September 2010, SIRIM Shah Alam

Shah Alam-26 Sep. Konvokesyen Program Pengajian Awam Syariah / Usuluddin yang telah diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dalam menyediakan program-program pentarbiahan yang berstruktur di masjid-masjid untuk memudahkan masyarakat mendapatkannya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hasan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap ADUN Gombak Setia dengan menyampaikan sijil tersebut kepada pelajar yang telah berjaya menjalani pengajian tersebut.

Berkata Dato' Dr Hasan, "Ianya bermula sejak 2004 dengan Program Pengajian Awam Syariah dan Program Pengajian Awam Usuluddin sejak 2006. Progam yang melibatkan 31 buah masjid dan telah melahirkan seramai 200 graduan sejak ianya diperkenalkan kepada orang awam di Negeri Selangor".

Tahun 2010, seramai 150 orang dari 13 buah masjid akan menerima anugerah sijil sebagai tanda pengiktirafan akademik, iaitu 70 untuk Sijil Pengajian Awam Syariah dan 80 orang untuk Sijil Pengajian Awam Usuluddin. Seramai 650 pula sedang mengikuti program ini di masjid-masjid yang berkenaan di seluruh Selangor.

Katanya lagi, "Saya rasa bangga di dalam menjana pentadbiran sebuah negeri yang maju, program ini berjaya dilaksanakan hasil kerjasama beberapa pihak yang rasa bertanggungjawab untuk memartabatkan pendidikan Islam yang berterusan khususnya kepada semua golongan di negeri ini".

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Pusat Pengajian Berterusan Universiti Malaya yang bekerjasama menghulur bantuan kepakaran dan tenaga. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat semua pensyarah yang telah bersama menjayakan program ini".

Disini saya juga ingin mencadangkan supaya pengajian formal ini haruslah bertambah baik dari semasa ke semasa dan mendapat sambutan kepada semua lapisan maysarakat khususnya umat Islam dan bagi yang telah berjinak menganuti islam untuk mendalami pengajian Islam.

Insya-ALLAH, akan datang satu bengkel khusus akan diadakan membincangkan program persijilan untuk anak-anak kariah di Negeri Selangor, jelasnya dalam ucapan merasmikan program tersebut.

Editor : Khaulah Azwar
khaulah0809@yahoo.com

Majlis Panyampaian Sijil dan Anugerah Pengajian Awam (Syaria' dan Usuluddin) 3

Majlis Panyampaian Sijil dan Anugerah Pengajian Awam (Syaria' dan Usuluddin) 2

Majlis Panyampaian Sijil dan Anugerah Pengajian Awam (Syaria' dan Usuluddin) 1

Thursday, September 23, 2010

Free Download Microsoft Browser, Internet Explorer 9 Beta | catatanku di website

Free Download Microsoft Browser, Internet Explorer 9 Beta | catatanku di website
KENYATAAN AKHBAR
PAS SELANGOR NAFIKAN 30 PEMUDA PAS
KELUAR PARTI DI KUALA SELANGOR

Laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 21 September, 2010 dirujuk.

PAS Selangor menafikan laporan akhbar Sinar Harian bahawa kononnya 30 orang Pemuda PAS dari cawangan Kuala Parit, Kawasan Kuala Selangor keluar parti untuk menyertai Umno.

PAS Selangor turut menafikan bahawa Sdr Sharudin Mohd Nri adalah Timbalan Ketua Pemuda cawangan berkenaan. Menurut rekod cawangan, beliau tidak pernah mendaftar menjadi ahli PAS dan begitu juga mereka yang kononnya menuruti beliau untuk menyertai Umno.

Ternyata tindakan Umno khasnya ADUN Jeram, YB Amiruddin Setro, melakonkan “drama” anak-anak muda keluar PAS menyertai Umno itu sebagai suatu tindakan publisiti politik murahan oleh mereka yang sudah ketandusan modal politik setelah BN ditolak mentah-mentah oleh rakyat Selangor pada pilihan raya umum 2008.

Cawangan PAS Kuala Parit telah ditubuhkan pada tahun 1985 dengan keahlian melebihi 100 orang. Menurut sumber cawangan pertambahan mendadak keahlian cawangan berkenaan berlaku khasnya selepas PRU lalu menandakan rakyat sudah hilang keyakinan pada Umno.

PAS Selangor sesungguhnya sedang aktif mengatur strategi dan memberi tumpuan untuk menawan saki-baki DUN yang dimenangi Umno termasuklah DUN Jeram. Oleh itu tidak hairanlah dalam suasana yang tidak menentu bagi Umno ini, Umno Kuala Selangor sanggup melakonkan “drama” murahan semata-mata untuk melarikan tumpuan rakyat terhadap kemampuan dan kebolehan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang semakin disenangi dan mendapat tempat di hati rakyat.

Rakyat Selangor umumnya menerima kepimpinan baru negeri yang diterajui Pakatan Rakyat yang telah mampu mengikis kepincangan puluhan tahun pentadbiran negeri ini di bawah Umno dan Barisan Nasional. PAS Selangor yakin rakyat akan memberi mandat yang lebih besar pada kerajaan ini pada PRU ke 13 nanti. Tiada “drama”murahan termasuklah yang dilakonkan di Kuala Parit itu yang mampu membendung dan menyekat gelombang kebangkitan rakyat itu.

DIKELUARKAN OLEH:
ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR
KETUA PENERANGAN PAS SELANGOR
21 September, 2010