cna

Aljazeera

Wednesday, August 4, 2010

http://www.padat.gov.my/my2/index.php?option=com_content&task=view&id=112&Itemid=9
http://mssaas.gov.my/


Air: Selangor tidak mahu terburu-buru

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengalu-alukan tawaran dan kesanggupan Pahang untuk membina loji rawatan air bersih bagi Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) seperti yang diumumkan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kelmarin.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor tetap dengan pendirian bahawa PPAMPS yang dianggarkan berharga lebih RM8 bilion ini tidak perlu dibina secara terburu-buru kerana yakin bekalan air di negeri itu mencukupi sehingga 2019.

“Projek penyaluran air mentah antara dua negeri ini juga sepatutnya boleh ditangguhkan buat sementara waktu sehingga proses penstrukturan semula industri air di Selangor selesai dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini semalam.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor sangat yakin penangguhan sementara pelaksanaan projek itu tidak akan menjejaskan bekalan air kerana kajian yang dilakukan mendapati bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019.

Katanya, Kerajaan Selangor juga sedia bekerjasama dengan Kerajaan Pusat untuk mencari sumber alternatif lain yang tidak memerlukan kos tinggi seperti memproses air hujan, sumber air bawah tanah dan paling utama mengadakan langkah-langkah untuk menurunkan lagi kadar air tidak membawa hasil (NRW).

“Kerajaan Pakatan Rakyat kesal dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang sengaja menggunakan isu krisis bekalan air sebagai tekanan kepada Selangor supaya menerima pelan penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Persekutuan,” katanya.

Abdul Khalid berkata, rundingan untuk mengambil alih industri air ini akan terus dilakukan walaupun banyak halangan dikenakan kerana Kerajaan Selangor berpegang kepada prinsip bahawa air adalah hak rakyat dan perlu dikembalikan kepada rakyat.

Kelmarin, Adnan berkata, Pahang boleh membina loji berkenaan di kawasan yang sesuai di sempadan Pahang-Selangor.

“Kalau Selangor tidak mahu buat loji rawatan air di sebelah negerinya, kita sanggup buat di negeri kita, iaitu bersempadan Selangor.

“Kita tiada masalah, kita boleh rawat air dan Selangor kena belilah (air), kalau tak nak beli sekarang, tahun 2014 dia kena beli juga,” katanya.