cna

Aljazeera

Thursday, April 11, 2013

Bicara Cinta Nik Aziz dan pelancaran buku Isnin ini

WARTAWAN SINAR HARIAN
11 April 2013



SHAH ALAM - Susulan kemunculan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Isnin lalu, Sinar Harian akan membawa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi program Bicara Cinta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Isnin ini.

Bersempena program itu, buku berjudul "Bicara Ini Demi Ilahi" berkaitan kepimpinan Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan itu akan dilancarkan.

Program kali ini akan berlangsung mulai jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.

Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti program ini, yang dianjurkan bersama oleh Sinar Harian dan Sinar Harian Online, boleh menghubungi Laila (019-3310211), Ida Aziz (019-6222874), Rini (019-3371066 atau 019-2808492 (Fazli).