cna

Aljazeera

Monday, September 29, 2008

Bersihkan Hari Raya dari kekotoran dan murka Allah

Sekiranya anak bulan Syawal kelihatan lewat petang ini bermakna kita akan berhari raya esok, jika tidak maka malam ini adalah tarawih yang terakhir buat kita tahun ini.

Begitu cepat sekali masa berlalu, subahanallah.

Suasana Eidul Fitri sudah pastilah diselubungi dengan kegembiraan.

Sanak-saudara dan kaum-kelurga serta sahabat-handai akan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan bergembira.
Dan lazimnya sepanjang bulan Syawal ini bukan sahaja kaum keluarga dan individu yang bergembira, tetapi badan-badan korporat, institusi, dan NGO juga turut tidak mahu ketinggalan.
Seacara tradisinya badan-badan ini akan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim, orang tua dan kurang upaya serta warga miskin sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.
Memang langkah seumpama ini wajar dialu-alukan.
Walaubagaimanapun sekali lagi saya mahu mengingatkan (rasa saya setiap tahun saya paparkan di sini) agar semua kita prihatin dan mengambil-berat akan pihak mana yang terlibat dalam program dan aktiviti seumpama ini.

Pastikan yang syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri yang diharamkan oleh syarak seperti arak, judi dan lain-lain tidak terlibat dalam program seumpama ini.Magnum, Sports Toto, Genting, Carlsberg, Guiness Anchor umpamanya tak perlulah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini.

Bayangkan betapa besarnya dosa kita apabila mengizinkan syarikat-syarikat ini menaja perayaan Hari Raya atau menjamu anak-anak yatim sempena Hari Raya ini.
Saya berharap pihak berkuasa agama dan kerajaan tidak kiralah kerajaan pusat atau negeri-negeri agar mengambil tahu akan hal ini, jangan sampai terlepas pandang.
Malah bank-bank riba’ juga sepatutnya dipantau.

Sekurang-kuranya tunjuklah ketelitian kita dalam hal-hal seumpama ini, saya percaya beratus lagi syarikat dan badan korporat yang boleh dilibatkan dari kita menagih simpati pada syarikat dan industri yang diharamlan oleh Allah swt ini.

Indahnya Di Majid Nabawi

Sunday, September 28, 2008

Dalam Keletihan

KERANA sudah berjanji maka saya menggagahkan juga jari jemari untuk mencatat dan mengisi blog ini. Di mana hendak saya mulakan cerita kali ini? Banyak yang tersimpul dalam kepala. Berberapa email dari penjenguk setia sudah bertanyakan mengenai penangguhan perhimpunan agung Umno. Mahu saya ulas, atau mahu mendapat pandangan saya.

Sebelum kembali bersiasah, elok rasanya kalau saya mengimbaukan sedikit apa yang berlaku atau pun menggambarkan suasana di Madinah Munawarah, bumi yang penuh berkat aman dan damai.

Madinah adalah kota pertama dalam tamadun Islam yang selamanya menjadi model dan impian seluruh bangsa. Ianya dibuka oleh Muhammad s.a.w kira-kira 1429 tahun lalu.

Saya masih ingat saat Anwar Ibrahim berada di puncak kegemilangan beliau mengimpikan sebuah masyarakat Madani di negara ini.

Dalam erti kata lain beliau mahu menjadikan bangsa Malaysia sebagai masyarakat yang berintegriti tinggi dan berukhwah.

Beliau mahu menjadikan Madinah sebagai model masa depan Malaysia yang bermasyarakat majmuk.
Kenapa beliau berbuat demikian itu kerana bertolak dari latar belakang pendidikan dan pemahaman yang ada kepada Anwar.

Bagi mereka yang tahu sejarah dan keindahan Islam serta kesyumulannya akan bercita-cita untuk melaksanakan itu.

Sebaliknya bagi mereka yang jahil akan menentangnya tidak sesekali akan nampak dan merasai keindahan apa yang ada di Madinah atau Makkah.

Itulah yang terjadi kepada bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Beliau yang tidak mempunyai latar belakang dan pengetahuan mapan dalam Islam tidak mudah menerimanya. Bahkan beliau menolak cita-cita dan keazaman Anwar itu dengan mempersendakan Madani itu sebagai permaidani dalam satu ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno.
Dari situ saya sudah nampak perbezaan dan pertentangan besar antara Mahathir dengan Anwar. Seorang kagum dengan tamadun Islam dan mahukan Islam direalisasikan dan seorang lagi mahukan kepada liberal melampau dan tidak percaya kepada keamanan sejagat dipelopori Islam.

Bagi Anwar sudah pasti kejayaan Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajirin dan Ansar di Madinah itu dijadikan asas kepada persudaraan antara kaum-kaum di negara ini. Namun beliau tidak berkesempatan untuk menjayakan menerusi Umno, dan mungkin apa yang dilakukan dalam PKR hari ini itu sebagai penerusan kepada cita-citanya.
Ternyata sekali ukhwah dan hubungan sesama insan di Madinah terserlah. Betapa ini dapat disaksikan sewaktu berbuka puasa dalam masjid Nabi. Masing-masing berlumba untuk berbuat kebaikan. Setiap jemaah masjid atau umrah yang melangkah kaki ke masjid menjelang berbuka akan ditarik tangan agar duduk mengelilingi hidangan mereka untuk berbuka puasa.
Sesetengahnya sampai bergaduh macam penjual merebut pelanggan. Ada yang mahu ke tempat mereka dan menghalang jemaah dari ke tempat lain. Ada juga yang mencuri 'pelanggan' ke tempat mereka dengan tawaran makanan lebih enak dan berbagai.
Suasana tarik menarik ini walaupun agak kasar namun ia menyerlahkan keindahan dan ukhwah sejati. Betapa Islam itu sangat meraikan dan menjaga kebajikan ummahnya. Sebab itulah tidak akan ada mereka yang akan kebulur bila memijak bumi Madinah.
Setiap kali saya berpeluang menyinggahi masjid itu pada bulan puasa itulah yang mendesahkan jiwa saya. Yang menjadi desahan dan igauan saya. Bila lagi suasana dan keadaan itu akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian pada seluruh aspek kehidupan umat Islam. Orang akan berebut untuk membantu antara satu sama lain dan bukan berebut untuk menipu, menganiaya, dengki dan sebagainya sesama sendiri sehingga merugikan.
Biarlah satu masa nanti suasana dan keadaan sama yang ada di masjid Nawabi itu akan berlaku juga di masjid di Malaysia. Namun apabila menyedari bahawa segala keindahan dan kemuliaan itu telah digezetkan hanya di situ saja, mustahil ia akan berlaku di masjid-masjid lain selain dari Madinah dan Masjidil Haram di Makkah.

[sv824.3:00 am 27/09/08]


Masa untuk menyertai PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Tue Sep 16, 08 2:41:30 pm MYT

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.

Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormati.

Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,
� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,
� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Marilah bersama-sama menyertai PAS!

16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=016994&Itemid=115

Sunday, September 28, 2008

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya dan isteri saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya kepada pelayar laman blog chedet.com.
Alhamdulillah, sekali lagi dapat kita bersama-sama meraikan hari kebesaran ini setelah sebulan menjalankan ibadah puasa.Disamping bergembira bersama keluarga, saya harap kita akan teruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara kita, terutama sekali dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam.
Semoga di hari yang gembira ini hubungan kita sebagai rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara yang tercinta ini akan bertambah erat.
Saya akan mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti berikut;
Tarikh : Oktober 5, 2008
Tempat : 58, Jalan Kuda Emas, The Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor
Masa : 10:00 pg - 1.00 tgh dan 2.30 ptg - 5.00 ptg
Kepada yang akan menyambut Aidilfitri di kampung, berhati-hatilah ketika memandu dan kami mendoakan perjalanan pulang yang selamat.
Sekali lagi saya dan isteri saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.
Dr Mahathir bin Mohamad
Dr Siti Hasmah bt Mohd Ali
1 Syawal 1429 Hijrah

Thursday, September 25, 2008

Khairy Juga Disabotaj Supaya Ahli Umno Tidak Bertemunya

25 September, 2008 23:09 PM

KOTA BAHARU, 25 Sept (Bernama) -- Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut tidak terlepas daripada dirinya disabotaj oleh pihak tertentu yang menyekat anggota parti bertemu dengannya.

Anggota Parlimen Rembau itu, yang menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO, berkata beliau mempunyai bukti di setengah tempat pada majlis yang dihadirinya wujudnya pihak meminta anggota Umno tidak pergi ke majlis berkenaan.

"Saya ada bukti ada yang cuba menyekat anggota Umno daripada mengenali pemimpin mereka. Bagi saya semua anggota parti berhak untuk mengenali pemimpin mereka dan mendekati saya jadi tidak perlu adanya sekatan begini," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan pemberian wang zakat kepada anak yatim dan warga emas di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir yang menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO meminta tindakan menyekat anggota parti bertemu dengan pemimpin atau calon-calon dihentikan dengan segera.

Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Mukhriz, Khairy, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo; dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=361379


Tuesday, September 23, 2008

Permohonan Manoharan Didengar 12 Nov

BERNAMA.COM
utama » berita

23 September, 2008 14:49 PM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Nov depan untuk mendengar permohonan peguam M. Manoharan bagi mewakili dirinya sendiri dalam perbicaraan berkaitan permohonan pembebasannya dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah turut menetapkan tarikh yang sama bagi mendengar hujahan bantahan awal Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah itu terhadap dakwaan Menteri Dalam Negeri dan penguasa tempat tahanan perlindungan Taiping, Perak (responden) bahawa permohonan habeas corpus tidak berkaitan dengan permohonan untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad yang mewakili responden sebelum itu mendakwa permohonan untuk menghadiri persidangan memerlukan semakan kehakiman dan bukannya melalui permohonan habeas corpus.

Selain itu, Mohamad Zabidin juga akan mendengar permohonan terhadap notis usul yang difailkan pada 8 Ogos lepas supaya Manoharan dibebaskan dan dibenarkan hadir ke mahkamah.

Manoharan menamakan Menteri Dalam Negeri dan penguasa tempat tahanan perlindungan Taiping, Perak sebagai responden oleh firma guamannya sendiri Tetuan M. Manoharan & Co.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan itu, Manoharan mendakwa beliau bukanlah seorang yang boleh melakukan apa-apa kemudaratan pada negara memandangkan beliau telah dipilih sebagai anggota dewan undangan negeri pada pilihan raya ke-12 8 Mac lepas.

Beliau juga mendakwa perintah penahanannya pada 13 Dis tahun lepas adalah batal dan tidak sah serta mendakwa telah dipaksa untuk membuat permohonan cuti setelah tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN Selangor.

Manoharan menyatakan akibat daripada penahanan berterusan, beliau tidak dapat berkhidmat untuk rakyat.Manoharan diwakili peguam Sreedevi Naidu.

-- BERNAMA