cna

Aljazeera

Wednesday, December 24, 2008

KAPT. (B) DATO’ HJ. ZAHAR BIN HASHIM SERAH BORANG KEAHLIAN PAS

KENYATAN MEDIA PAS SELANGOR

Allah swt berfirman dalam surah an Nasr ayat pertama yang bermaksud:

“Apabila tiba pertolongan ALLAH dan kemenangan”

As syahid Syed Qutb dalam tafsirnya berkenaan ayat ini menghuraikan bahawa pertolongan dan kemenangan itu datang dari Allah pada masa yang ditentukan Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki Nya.

Demikianlah terangkatnya manusia dengan keimanan mereka kepada Allah. Demikianlah jiwa mereka memancar dengan gemilang, melembut halus dan terbang bebas. Demikianlah mereka berjaya sampai kepada darjat kebesaran, kekuatan dan kebebasan.

1. PAS Selangor mangalu-alukan keputusan YBhg. Kapt (B) Dato’ Hj. Zahar bin Hashim, bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) dan rakan-rakan untuk menyertai PAS pada pagi yang penuh bersejarah ini. PAS yakin dan percaya bahawa kemasukkan YBhg Dato’ ini akan membantu memacu kekuatan PAS bukan hanya di negeri Selangor ini malah insyallah ke seluruh negara.

Dengan izin Allah swt kami turut yakin yang gelombang besar yang dicetuskan pagi ini hasil dari tindakan ikhlas dan berani YBhg. Dato ini akan memungkinkan PAS turut berjaya dalam Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu pada bulan Januari nanti.

2. Sesungguhnya sejak Plihan Raya Umum ke 12 lalu, PAS telah mempertingkatkan inisiatifnya untuk mendekati rakan-rakan dari Umno agar mereka dapat bersama-sama meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui wadah PAS. Ternyata keputusan PRU ke 12 lalu membuktikan bahawa rakyat kini cenderung kepada perubahan dan di Selangor ini gelombang perubahan itu terlalu kuat sehingga mengakibatkan kerajaan negeri Selangor bertukar tangan buat pertama kali dalam sejarah negara.

3. Kerana itu, inilah masa yang paling sesuai bagi rakan-rakan dari Umno dari berbagai peringkat khasnya di negeri Selangor ini untuk sama-sama mengambil keputusan yang berani sebagaimana YBhg. Dato’ pada pagi ini untuk menyertai PAS, parti islam, yang telah berjuang lebih 57 tahun di tanahair ini,

Marilah sama-sama kita berganding bahu dalam satu jemaah menyambung perjuangan ke arah memartabatkan Islam yang insyallah akan menjadi kunci penyelemat kepada ummah dan negara sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt.

4. PAS sebagai sebuah parti Islam akan terus menyumbang tenaga dan fikiran ke arah kejayaan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang beriltizam membentuk Selangor menjadi sebuah negeri yang “Bersih, Maju dan Berkebajikan”.

Insyallah dengan penyertaan rakan-rakan dari Umno bermula dengan langkah YBhg. Dato’ pada pagi ini, akan membakar dan menyemarakkan semangat kepada ahli-ahli dan pimpinan PAS di seluruh Selangor dan seluruh negara untuk bekerja lebih kuat lagi dengan kepaduan keyakinan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada janji-janji Allah swt.

5. PAS Selangor akan terus menyusun program dan aktiviti disamping memberi sepenuh tumpuan ke arah menerima lebih ramai lagi ahli-ahli dan pimpinan Umno Selangor untuk menyertai partini. Dan semoga langkah permulaan pagi ini akan mendorong ribuan ahli-ahli Umno yang lain untuk turut berfikir dan mengambil langkah yang serupa diwaktu terdekat ini.

De Palma Hotel, Ampang Point
24 Disember 2008/ 26 Zulhijjah 1429



BIO-DATA KAPT (B) DATO’ HJ ZAHAR BIN HASHIM


MAKLUMAT PERIBADI

Nama: Kapt (B) Dato’ Hj Zahar bin Hashim

No. Kad Pengenalan: 480522-10-5789

Tarikh l-ahir: 22hb Mei 1948

Alamat rumah: 14 Jalan SS19/3, 47500 Subang Jaya, Selangor

Nama isteri: Datin Hajjah Maryam bt Salim
Hj Ahmad Shazerain bin Zahar (34 tahun)
Hj Ahmad Shahizan bin Zahar (29 tahun)
Ahmad Shairany bin Zahar (28 tahun)
Aida Shazlina bt Zahar (27 tahun)
Aida Shahira bt Zahar (20 tahun)

KERJAYA

1994 hingga Sekarang: Pengerusi Eksekutif, Mentari Corporation Sdn Bhd dan lima buah anak syarikat temasuk Menti Properties Sdn Bhd dan Mentari Housing Development Sdn Bhd

1987 – 1994: Bekerja sepenuh masa sebagai Ketua UMNO Bahagian Puchong/Petaling Jaya Selatan dan ADUN Selangor Kawasan Lindungan/Taman Medan

1981 – 1987 Pengerusi Eksekutif, Helu-Zaid Sdn Bhd (syarikat usahasama dengan Herman Ludwig Gmbh, Germany)

1978 – 1981 Pengerusi Eksekutif, Cargocare Sdn Bhd, Penang

1975 – 1978 Pengurus Pentadbiran, Malaysian Titanium Sdn Bhd, Ipoh (kilang mengeluarkan Titanium Dioxide secara usahasama antara Magnum Corporation Berhad, The Straits Trading Co Ltd dan PERNAS)

1973 – 1975 Pegawai Staf 3, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan

1967 – 1973 Pelbagai jawatan dalam Batalion Kedua, Rejimen Renjer Di Raja


POLITIK, SOSIAL & MASYARAKAT

1981 Menyertai UMNO melalui Cawangan Subang Jaya

1982 – 1987 Timbalan Ketua, UMNO Cawangan Subang Jaya merangkap Bendahari UMNO Bahagian Puchong

1987 – 1989 Setiausaha Penaja, UMNO Bahagian Puchong

1989 – 1994 Ketua UMNO Bahagian Puchong merangkap ADUN Selangor Kawasan Lindungan

1994 – 1999 Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan merangkap ADUN Selangor Kawasan Taman Medan.

1999 – 2008 Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan

1985 – 2008 Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

1990 – 2007 Ahli Lembga Pengarah PKNS, Worldwide Holdings Berhad, Hotel Equatorial, Bangi, Holiday Inn on the Park, Bakti Suci Sdn Bhd (anak syarikat MAIS) dan PUAS

PENDIDIKAN DAN LATIHAN

1965 Lulus Senior Cambridge di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

1966 – 1967 Kursus Pegawai Kedet Tentera Darat, Sg Besi, Selangor

1970 Kursus Lanjutan Taktik Peperangan di Sydney, Australia

1974 Kursus Pentadbiran di Chelmsford, Essex, England

Monday, December 1, 2008

Al-Quran sumber perundangan utama - Lim Guan Eng

Mohd Sabri Said
Fri Dec 05, 08
7:18:08 am MYT

GEORGETOWN, 5 Dis (Hrkh) - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan Rm300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Lim mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan supaya masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.

Turut serta dalam program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin, Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malek Kasim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang, Timbalan Mufti Negeri, Haji Suleh Wan Kurdi Jalaludin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Kelihatan sama ialah pimpinan PAS yag diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin; Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man; Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar.

Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz.

Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan.

"Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya.

Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.

Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'.

"Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau. - mks._

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=18218&Itemid=1

Kemiskinan Dan Pendidikan Melayu Fokus Utama Ungku Aziz (Siri Rencana Anugerah Merdeka)

Oleh Nurul Halawati Azahari

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Profesor Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, 86, sungguhpun bukanlah seorang usahawan, diplomat, ahli politik dan seorang menteri namun hasratnya menjadi seorang intelektual tidak menghalang beliau mendekati masyarakat.

Bergelar cendekiawan kelas pertama, walaupun pernah ditawarkan jawatan penting pada zaman Tun Abdul Razak, jiwa pendidiknya amat kental dan beliau sama sekali enggan berpisah dengan dunia pendidikan.

"Sampai sekarang pun pada usia 86 tahun, saya masih menjadi penasihat dan penyelia kepada penuntut doktor falsafah (Ph.D) dan beri ceramah di universiti serta tempat lain dari semasa ke semasa. Dalam hal ini, saya masih lagi seorang guru," katanya.

Selain menjadi pendidik, keprihatinan beliau berhubung kemiskinan yang dialami oleh masyarakat Melayu membawa beliau melakukan beberapa kajian untuk mencari punca dan penyelesaian kepada masalah itu.

Sumbangan Prof Ungku Aziz tidak terhenti di situ malahan beliau dilihat melibatkan diri dalam usaha pembangunan ekonomi desa, pendidikan negara dan penubuhan institusi masyarakat.

PENDIDIKAN DEKATKAN MASYARAKAT

Mengajar dan belajar adalah kunci kejayaan yang dipegang oleh Prof Ungku Aziz.

Pada awal pembabitannya sewaktu di Singapura pada 1950-an, Prof Ungku Aziz pernah mengajar ilmu kepenggunaan kepada suri rumah di Singapura. Antaranya mengajar isteri-isteri posmen bagaimana mahu menjadi pembeli yang bijak serta membeli lampu picit dan menggunakan dacing.

"Ketika itu, masih ramai yang beli ikan tetapi tidak tahu menggunakan dacing. Waktu itu saya dibayar seringgit satu jam dan kadangkala apabila bekalan elektrik terputus, saya mengajar menggunakan lampu picit yang disediakan oleh persatuan orang dewasa," cerita beliau yang lebih selesa dipanggil Pak Ungku.

Daripada kelas dewasa, Pak Ungku kemudian berangkat ke Jepun memasuki Universiti Waseda. Di sana, beliau perlu menduduki peperiksaan kelayakan yang seratus peratus dalam bahasa Jepun.

"Saya diberi tiga orang guru dan tekanannya cukup hebat. Hinggakan saya rasa saya bermimpi pun dalam bahasa Jepun," tambahnya yang berjaya menguasai bahasa tersebut dalam tempoh sembilan bulan. Beliau lulus dan menjadi penuntut universiti berkenaan pada usia 18 tahun.

Peperangan menyebabkan kesemua universiti ditutup dan beliau pulang ke tanah air menjadi jurubahasa Jepun sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Raffles dan menjadi anak Melayu pertama memasuki Universiti Malaya (UM), Singapura dengan lulus kelas pertama.

Pada 1963, beliau kemudian berkhidmat sebagai pensyarah di UM yang dibuka di Kuala Lumpur. Seterusnya menjadi profesor dan dekan fakulti ekonomi sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Universiti berkenaan dari tahun 1968-1988.

KAJI KEMISKINAN

Sewaktu di UM, beliau ditawarkan biasiswa melanjutkan pengajian di London School of Economic (LSE) tetapi menolaknya kerana lebih berminat memikirkan masalah kemiskinan orang Melayu.

"Saya kata tak payahlah, sebabnya, apa yang orang LSE boleh ajar, saya boleh dapatkannya di sini. Maksud saya, kalau saya pilih London, saya tidak akan tahu tentang kemiskinan orang Melayu.

"Kemiskinan orang Melayu itu hanya boleh dipelajari melalui penyelidikan di sini. Sampai sekarang saya masih menulis dan memikirkan kenapa orang Melayu tinggal dalam kemiskinan," jelas Pak Ungku.

Beliau mengambil masa selama enam tahun melakukan penyelidikan tersebut. Bermula di Ulu Tiram, Johor pada tahun 1963 sebelum Kedah dan Perlis.

Kajiannya diteruskan hingga ke Pantai Timur iaitu di Beserah, Pahang. Selepas setahun berulang-alik dengan seorang pembantu, kajian diteruskan pula di Kemaman, Terengganu dan Kelantan.

Daripada penyelidikan tersebut, beliau mendapati penduduk di Ulu Tiram yang rata-ratanya menoreh getah bernasib baik jika dapat makan nasi sehari sekali. Selebihnya mereka hanya makan lempeng sebagai pengalas perut. Keadaan yang sama turut dialami oleh masyarakat di negeri-negeri utara.

Manakala di Pantai Timur, pengalamannya lebih dahsyat apabila wujud kebuluran di Kemaman. Beliau mendapati, masyarakatnya menangkap ikan untuk dijual dan hasil jualan tersebut digunakan membeli barang keperluan terutamanya beras.

TEORI INDEKS SARONG

Menerusi kajian tersebut, lahirlah teori Indeks Sarong yang digunakan beliau sebagai pengukur tahap kemiskinan di Kelantan dan Terengganu.

"Ada yang perli saya sebagai Profesor kain sarung. Tapi itulah hakikatnya. Bila pergi ke Kelantan dan Terengganu, cuba masuk dalam sikit. Tengok kain yang disidai, berapa helai kain sarung? Boleh tanya berapa helai setiap rumah. Kalau nasib baik tiga hingga empat helai, kalau tidak, mereka basuh dan gilir.

Melihat dan memahami gaya hidup masyarakat desa itu membuatkan beliau sedih dan berfikir bagaimana mahu melepaskan orang Melayu daripada belenggu kemiskinan.

Caranya ialah menerusi pendidikan. Namun dapatan kajian komuniti itu juga menunjukkan bahawa faktor pemakanan mempengaruhi saiz tumbesaran penduduk.

Makanan yang tidak seimbang membawa kepada masalah cacing dan anemia dan tentu sahaja mempengaruhi kecerdasan mereka.

"Saya buat kajian dan cari lebih ramai pakar mengkaji sebab kesihatan dan pemakanan. Uji darah, tengok ada macam-macam kuman. Menerusi sampel najis murid sekolah rendah, ada cacing. Sampai tiga jenis untuk satu orang. Jadi bila perut penuh cacing maka pemakanannya terbahagi dua. Menyebabkan badan tak akan sihat dan sel darah kurang merah (anemia)," katanya.

Selain kajian tersebut, Pak Ungku turut menulis rencana-rencana berkaitan sebab-sebab orang Melayu terjerumus dalam kemiskinan.

Antaranya ialah masalah perpindahan mangsa banjir. Menurut beliau hingga ke hari ini, mangsa banjir masih lagi melibatkan 95 peratus orang Melayu.

"Masalah ini berterusan sejak tiga puluh tahun dulu lagi. Kenapa Melayu yang terpilih kena pindah? Sebabnya bangsa lain duduk di tempat yang lebih baik dan tinggi. Berbalik semula kepada masalah kemiskinan," ulasnya.

Menurut beliau, sungguhpun kerajaan dari semasa ke semasa mengeluarkan statistik penduduk miskin dan menyatakan tidak ada lagi kemiskinan tegar, beliau tidak bersetuju dan berpendapat masih lagi wujud kemiskinan di kampung-kampung.

PENDIDIKAN DAN KOMUNITI

Kerana minatnya dalam usaha membasmi kemiskinan, beliau turut memainkan peranannya sebagai orang kuat akademik apabila mencetuskan idea penubuhan Pusat Asasi Sains di UM.

Asal penubuhannya masih lagi berpegang kepada falsafah membantu golongan miskin. Menurut beliau, berdasarkan pengalamannya pada tahun 1970-an, kemasukan pelajar ke fakulti perubatan hanyalah seramai lima pelajar. Jika bernasib baik, dua atau tiga orang akan berjaya menjadi doktor.

"Melihat keadaan itu, kita wujudkan satu sistem baru pusat asasi sains. Kita pilih orang yang hendak memasuki kursus perubatan, kejuruteraan dan sains dengan mengambil anak-anak orang kampung. Waktu itu, kebanyakan anak orang kota akan dihantar ke London untuk belajar perubatan.

"Tetapi, di fakulti perubatan, gurunya bercakap dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan anak Melayu yang dipilih berfikir dalam Bahasa Melayu. Bukan soal istilah yang menjadi masalah tetapi soal minda yang berfikir dalam Bahasa Melayu. Jadi, kita cari guru yang boleh mengajar perubatan dan bidang berkaitan serta mengeluarkan risalah dalam Bahasa Melayu," jelas beliau.

Hasilnya, selepas tiga hingga empat tahun persiapan, pelajar Melayu ini telah boleh menyerap istilah dan berfikir dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka juga mahir dengan istilah-istilah bahasa Inggeris. Bermakna mereka boleh berdebat dan berbincang tentang perubatan dengan berfikir di dalam Bahasa Melayu. Satu perkembangan yang baik untuk negara.

Hari ini, graduan Pusat Asasi Sains tersebut mungkin telah mencecah tujuh hingga lapan ribu orang. Malah ada yang telah menjadi pakar dan hampir mencecah usia persaraan.

PENUBUHAN INSTITUSI MASYARAKAT

Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1997 ini turut membuat sumbangan besar kepada negara dengan mencetuskan idea penubuhan Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (Tabung Haji), Dewan Bahasa dan Pustaka serta Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa).

Penubuhan institusi berkenaan banyak menyumbang kepada masyarakat, contohnya Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk mengajar masyarakat mengumpul wang bagi menunaikan haji malahan untuk pendidikan anak. Hasilnya, hari ini setiap tahun, 30 ribu jemaah boleh dihantar ke Makkah.

Beliau yang dianugerahkan gelaran Profesor Diraja pada Jun 1978 juga adalah pengasas Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (Angkasa) dan menjadi Yang Dipertuanya sejak ditubuhkan 37 tahun lepas.

Sebagai Yang Dipertua Angkasa, beliau melihat sumbangan koperasi tersebut banyak membantu meningkatkan ekonomi masyarakat. Bagaimanapun, beliau turut memberikan komennya terhadap institusi tersebut.

"Ada beberapa perkara dalam perkembangan Angkasa pada hari ini yang mengecewakan saya dan saya rasa perkara-perkara ini perlu disiasat," ujarnya.

Di atas usaha dan sumbangan berterusan beliau dalam pembasmian kemiskinan, pembangunan ekonomi desa dan pendidikan negara, tokoh unggul ini telah dipilih sebagai penerima sulung Anugerah Merdeka bagi kategori Pendidikan dan Komuniti pada 24 Nov lepas.

Anugerah tersebut adalah anugerah tahunan paling berprestij di negara ini yang diberikan kepada anak Malaysia yang cemerlang dan berinovasi. Mereka ialah individu yang mampu menghasilkan usaha yang luar biasa dan membentuk rangka pemikiran baru di kalangan rakyat Malaysia.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsfeatures.php?id=375440