cna

Aljazeera

Wednesday, January 18, 2012

Nik Aziz harap Yunus terjemahkan perjuangan PAS dalam kerajaan Selangor

January 18, 2012

KUALA LUMPUR, 18 Jan — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco kerajaan negeri Selangor yang baru dapat menterjemahkan perjuangan parti Islam itu dalam sistem pentadbiran negeri itu.

Dalam tulisan terbaru di laman Facebook, Menteri Besar Kelantan (gambar) dan Mursyidul Am PAS ini juga berharap pelantikan Ahmad Yunus yang dilantik menggantikan Datuk Dr Hasan Ali dapat memberi matfaat kepada umat Islam di Selangor.

“Tahniah saya rakamkan kepada Dr Ahmad Yunus Hairi yang telah mengangkat sumpah sebagai exco kerajaan negeri Selangor bagi menggantikan Dr Hasan Ali pada pagi ini.

“Semoga perlantikan beliau akan lebih memberikan manfaat kepada umat Islam di Selangor khususnya dan menterjemahkan misi perjuangan PAS di dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, insya-Allah,” katanya.

Ahmad Yunus mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pagi ini di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dengan disaksikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan ahli majlis mesyuarat yang lain.

Hasan dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

Beliau dilihat tidak akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama walaupun diberikan tempoh 30 hari sehingga 7 Februari depan.

Hasan, Adun Gombak Setia sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman merupakan calon pilihan untuk memegang jawatan exco.

PAS Selangor sebulat suara mencadangkan Abdul Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru untuk menggantikan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keanggotaannya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-harap-yunus-terjemahkan-perjuangan-pas-dalam-kerajaan-selangor/

Tuesday, January 17, 2012

Mat Sabu Tolak Lagi Dialog Umno-Pas

Post Pic
SHAH ALAM, 18 JAN : Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menolak cadangan Nasharudin Mat Isa yang mahukan parti itu membuka perbincangan dengan Umno demi kebaikan negara.
Mohamad Sabu berkata, cadangan oleh bekas timbalan presiden parti itu adalah hasrat peribadi dan bukan menjadi sebahagian daripada agenda parti.
“Itu pandangan peribadi dia dan tiada kena mengena dengan pendirian parti..beliau berhak membuat pandangannya sendiri,” kata beliau kepada Antarapos.com.

Beliau juga berkata, Nasharudin adalah orang paling sesuai untuk menjawab sebarang dakwaan samawujud kumpulan dalam PAS yang mahukan rundingan dan dialog itu dihidupkan.

“ Pas tetap dengan pendirian yang didukung iaitu bersama Pakatan Rakyat dan dasarnya.
Yang pentingnya adalah tumpukan sepenuh perhatian terhadap pilihanraya yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi,” kata beliau.

Nasharudin semalam berkata beliau akan meneruskan usaha untuk menghidupkan semula dialog antara Umno dan Pas serta pertubuhan-pertubuhan lain.

Cadangan itu yang dilontarkan oleh Umno dilihat oleh kepimpinan Pas sebagai agenda politik untuk melunturkan kekuatan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Umno berkata dialog itu akan membolehkan permasalahan orang Melayu-Islam ditangani secara lebih baik dan bebas daripada perselisihan politik.


http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wla5Vg

Pulau Pinang ajak PM bincang p'raya tempatan

Harakahdaily, 18 Jan 2012
PULAU PINANG, 18 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) telah menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi meminta diadakan perbincangan tentang pilihan raya kerajaan tempatan.

Surat itu telah dihantar beliau kepada Perdana Menteri pada 12 Mac dan salinannya diedarkan kepada media hari ini.

Menurut Lim, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan supaya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan untuk memilih ahli-ahli majlis perbandaran di negeri itu.

Perkara 113 (4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan kerajaan negeri boleh memberikan kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya selain dari pilihan raya umum.

"Kami sedar YAB Datuk Seri mempunyai pandangan lain dan tidak bersetuju dengan pilihan raya kerajaan tempatan tetapi memang terbukti amalan demokrasi akar umbi telahpun membolehkan urustadbir yang lebih cekap, akauntable dan telus berbanding dengan sistem perlantikan," katanya dalam surat itu.

Amalan antara bangsa pula, katanya, menunjukkan tren ini dengan 101 daripada 192 buah negara Bangsa-bangsa Bersatu mengamalkan sistem pilihan raya kerajaan temapatan.

Menurut Guan Eng, pihaknya telah juga menulis surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 4 Mac 2010 lagi mengenai perkara tersebut dan sedang menunggu maklum balasnya.

Sehubungan itu, katanya, pihak beliau sedia bertemu dengan Perdana Menteri bila-bila masa bagi membincangkan perkara tersebut.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7654-pulau-pinang-ajak-pm-bincang-praya-tempatan

Nasha: Dialog Umno-PAS bukan bagi bentuk pakatan

Nigel Aw
7:27PM Jan 17, 2012

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini berkata, usaha untuk menemukan Umno dan PAS untuk berdialog masih memerlukan banyak usaha.

pas dialogue with media 261107 nasharudin"Jika kamu bercakap tentang politik partisan, saya sudah berusaha mengurangkan jurang perbezaan antara kedua-dua organisasi ini.

"Tetapi jika kamu ikuti, ia masih perlu lebih usaha kerana orang ramai masih tidak faham dengan baik berhubung kerisauan kumpulan kecil dalam organisasi saya tentang keperluan mengadakan perbincangan.

"Ia bukan tentang bergabung atau melompat, tetapi keperluan berbincang, bukan hanya antara PAS dan Umno, tetapi juga PAS dengan organisasi lain," katanya ketika menjawab soalan peserta pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global di Kuala Lumpur hari ini.

Nasharudin berkata demikian ketika ditanya peserta tentang tindakan PAS bekerjasama dengan bukan Islam tetapi enggan bersama Umno.

Ia susulan kenyataan Nasharudin sebelum itu bahawa beliau menyelar tindakan negara Islam berlawan sesama sendiri tetapi bersikap mesra dengan negara bukan Islam.

Katanya, lagi isu cadangan perbincangan antara Umno dan PAS bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.

"Saya percaya keperluan untuk berdialog...saya percaya perlu untuk semua menyertainya untuk tujuan yang baik," katanya.

Terdahulu, Nasharudin menyampaikan kertas kerja bertajuk "Antara Kesederhanaan dan Ekstremisme: Cabaran dan Respon".

http://www.malaysiakini.com/news/186875

Saturday, January 7, 2012

Kajian ramal umat Islam lebih pantas berkembang

Plan B Anwar Ibrahim

Hasan Ali: Jangan sertai kempen Bebas Anwar 901

Anwar: Saya akan survive dalam politik

Anwar Ibrahim_SS13_ Subang Jaya_060112_bah1

mStar Online : Mingguan mStar Tetap Menjadi Kenangan

HAKIKATNYA, akhbar Mingguan mStar yang berusia hampir dua tahun ini akan melabuhkan tirainya dan hari ini merupakan penerbitan yang terakhir.

Walaupun akhbar mingguan yang diterbitkan bersama Sunday Star tidak lagi berada di pasaran selepas ini namun versi dalam taliannya (online) terus menemui pembaca.

Perubahan dan tuntutan kepada dunia digital memungkinkan akhbar Mingguan mStar harus melalui perubahan itu untuk kelangsungan generasi akan datang yang lebih terarah kepada dunia teknologi.

Pelbagai kenangan manis sejak penerbitan akhbar ini dan ia menjadi kenangan terindah buat Kumpulan Star Publications kerana mencuba kelainan dalam menghasilkan sebuah akhbar berbahasa Malaysia.

Untuk penerbitan terakhir ini, kami mengimbas saat-saat manis Mingguan mStar sejak kelahiran pertamanya pada 28 Februari 2010.

PersonalitiBermula edisi pertamanya, Mingguan mStar memaparkan secara eksklusif wajah pengganas bernama Hambali yang pernah menyembunyikan diri di negara ini dan ditahan di kem tahanan Teluk Guantanamo di Cuba.

Mingguan mStar menjejaki keluarganya sehingga ke Cianjur, Jawa Barat.

Hambali - antara orang penting dalam rangkaian al-Qaeda dan Osama bin Laden yang dikaitkan dengan pengeboman Bali dan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York.

http://www.mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/12/27/mstar_mingguan/20111227110125&sec=mstar_mingguan

mStar Online : Mingguan mStar Tetap Menjadi Kenangan

mStar Online : Mingguan mStar Tetap Menjadi Kenangan