cna

Aljazeera

Tuesday, October 14, 2008

Hari Raya Open House YB Hannah Yeoh








Date : 25 October 2008
Time : 12pm to 2pm
Venue : Dewan Serbaguna MPSJ
Jalan SS 15/4
47500 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan.
(next to Modern Market)

Syawal 1429

Thursday, October 9, 2008

Hakim batal larangan terhadap media






Oct 9, 08 11:35pm

Hakim Mahkamah Sesyen S.M.Komathy hari ini membatalkan keputusan awalnya yang melarang media daripada menyiarkan kandungan tiga bahan bukti yang dikemukakan pada prosiding sebelum ini berkaitan perbicaraan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semalam, beliau mengeluarkan perintah larangan itu berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang berhujah bahawa penyiaran bahan itu akan mencemarkan lagi nama baik Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bahan bukti yang dimaksudkan ialah dua kenyataan tuntutan yang difailkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan pegawai penyiasat dalam kes Anwar pada 1998 Datuk Mat Zain Ibrahim serta laporan akhbar mengenai kejadian "mata lebam" Anwar.

Pada permulaan prosiding hari ini, menurut Bernama, Sulaiman Abdullah, peguam utama Anwar, berkata media tidak sepatutnya dilarang berbuat demikian kerana kandungan dokumen yang terdapat dalam affidavit Anwar itu telah dibaca di mahkamah terbuka dan ini menjadikannya dokumen awam.

Kata beliau lagi: "Dua kenyataan tuntutan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur serta menjadi dokumen awam dan oleh itu, boleh disiarkan. Orang ramai berhak untuk tahu apa yang berlaku di mahkamah."Mata Anwar lebam pada 1998 akibat dipukul Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Rahim Noor di lokap Bukit Aman.

Kini, ketua pembangkang berusia 60 tahun itu menghadapi tuduhan melakukan hubungan seks luar tabie secara sukarela dengan bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Kini, Anwar dikenakan ikat jamin peribadi RM20,000.

Anwar memfailkan affidavit berkenaan bagi menyokong permohonannya untuk membantah usaha pihak pendakwa memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dengan mempertikaikan kesahan sijil pemindahan yang ditandatangani Abdul Gani, yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berikutan satu laporan polis yang dibuat Anwar terhadapnya atas tuduhan mengada-adakan bukti dalam siasatan kes mata lebam itu.

Sulaiman berkata pihak pendakwa tidak memberi sebarang sebab yang meyakinkan kenapa tiga bahan bukti itu perlu ditegah daripada disiarkan, sedangkan ia tidak boleh dipisahkan daripada affidavit berkenaan."Setelah bahan bukti itu dibaca di mahkamah, ia tidak boleh disekat daripada disiarkan. Perintah yang melarang penyiarannya menafikan hak orang ramai untuk mengetahui apa yang berlaku di mahkamah," kata Sulaiman.

Beliau berkata 10 tahun lepas, pendakwa membantah permohonan Anwar agar bahan bukti tertentu berkaitan Musa dilarang daripada disiarkan, tetapi kini, pendakwa sendiri memohon perintah larangan apabila ia membabitkan Abdul Gani.

"Pendakwa tidak sepatutnya mengemukakan permohonan itu untuk pihak ketiga. Sepatutnya, Abdul Gani sendiri mengemukakan permohonan bagi mengetepikan afidavit Anwar," katanya.

Ketika mengetepikan perintah larangan itu, Komathy merujuk kepada satu kes undang-undang yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu ketika itu Datuk Sulong Matjeraie berhubung kes rasuah melibatkan bekas pengarah urusan Sawit Kinabalu Group Datuk Wasli Mohamad Said.

Dalam kes itu, keputusan dibuat bahawa Perintah Peraturan 41 5(2) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi 1980 memperuntukkan bahawa sesuatu affidavit bersumpah yang dibuat bagi tujuan digunakan dalam prosiding interlokutori, boleh mengandungi kenyataan maklumat atau kepercayaan yang mempunyai hubungan dengan sumber serta asasnya.

Dengan itu, Komathy membuat keputusan bahawa kandungan bahan bukti daripada affidavit Anwar boleh diterima.Perbicaraan akan disambung pada 31 Oktober bagi mendengar hujah tentang kesahan sijil pemindahan.

Hakim berkenaan menetapkan tarikh itu setelah Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa oleh kerana Parlimen akan bersidang dari 13 Okt hingga 11 Disember, maka Anwar, sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh, perlu menghadirinya.

Sulaiman juga berkata Parlimen akan bersidang dari Isnin hingga Khamis dan Anwar hanya mempunyai kelapangan pada hari Jumaat.

Wednesday, October 8, 2008

Abdullah Tidak Pertahankan Jawatan Presiden Umno

















08 Oktober, 2008 17:59 PM
by: Ramjit

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan akan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Mac tahun depan.
Abdullah mengumumkan keputusannya untuk tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di sini, Rabu.

Katanya beliau akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas perhimpunan agung Umno pada Mac nanti.

Secara tradisinya, Presiden Umno menjadi Perdana Menteri dan juga Pengerusi Barisan Nasional.

Ini bermakna peralihan kuasa kepada Najib yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010, akan diawalkan setahun.

Pada satu mesyuarat khas baru-baru ini, Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan menangguhkan perhimpunan agung parti dari Disember ini ke Mac tahun depan bagi melincinkan proses peralihan kuasa itu.

Abdullah berkata sepanjang 46 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau sentiasa dipandu oleh hati nuraninya."Saya sentiasa mengutamakan kepentingan negara.

Dengan meletak perkara itu di dalam fikiran mendorong saya mengumumkan tidak akan bertanding Presiden UMNO.

Saya tidak mahu melihat parti dan kerajaan campuran berpecah belah tetapi sesuatu yang bersatu dan harmoni.

"Barisan Nasional yang bersatupadu adalah penting bagi negara menghadapi cabaran global dan untuk Malaysia menjadi negara yang maju sepenuhnya, yang menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua," katanya.

Abdullah berkata ada beberapa inisiatif yang beliau mahu melihat ia dilaksanakan sebelum menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal penggantinya.

Katanya inisiatif-inisiatif itu adalah penting bagi membolehkan Malaysia mengharungi cabaran untuk terus melangkah maju dan juga diperlukan bagi memperbaiki daya saing negara.

Mengulas mengenai rancangannya sebelum meletak jawatan, Abdullah berkata beliau ingin melihat misinya diteruskan dan berharap penggantinya akan meneruskan agenda itu.

"Saya mahu menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada pengganti saya sebuah negara Malaysia yang mampu mengharungi cabaran ekonomi global, negara Malaysia yang tidak kaya dan tidak miskin, tidak mengira muda atau tua atau bandar atau kampung, bukan Utara dan Selatan dan bukan hanya sebuah agama atau lain-lain tetapi sebuah negara yang bersatu padu dan harmoni."Ini bukan masanya untuk bergaduh atau mempunyai pandangan politik sempit tetapi untuk kejayaan, perpaduan dan kerjasama," katanya.

Abdullah juga berjanji bahawa dalam tempoh lima bulan akan datang beliau akan meneruskan usaha pembaharuan dalam bidang kehakiman dengan menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus dan berdasarkan merit.

Dalam mengajak semua rakyat Malaysia untuk bersatu dan turut serta bersama-samanya bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju, Abdullah berkata beliau akan membentangkan Rang Undang-undang untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Parlimen menjelang akhir tahun ini sebagai usaha berterusan untuk membanteras gejala rasuah secara efektif.

Beliau juga bercadang untuk menyelesaikan penubuhan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuh integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan sebagai sebahagian daripada pelbagai usaha untuk menguatkan institusi itu di negara ini.

Perdana Menteri juga berjanji untuk menubuhkan Suruhanjaya untuk mengukuhkan integrasi di antara pelbagai kaum di negara ini.Abdullah berkata beliau ingin melihat kerajaan dan juga Barisan Nasional memperbaharui komitmen ke arah membina sebuah negara yang bersatupadu dan harmoni.

"Masyarakat telah melihat kemerosotan yang mengejutkan dalam hubungan antara kaum dan agama. Pelbagai isu berbangkit yang mengancam kehidupan rakyat negara ini," katanya.

Abdullah berkata: "Kita perlu bijak menangani isu ini, melalui dialog: menanganinya secara konstruktif dan adil: menjamin ketelusan dan tanpa sebarang keraguan dan memberikan fokus kepada aspek-aspek yang akan menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua."

Sehubungan itu, Abdullah berkata beliau akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional awal tahun depan sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan kejayaannya.

Mengenai ekonomi, Abdullah berkata beliau banyak bercakap mengenai keperluan bagi memastikan kekayaan dan hasil kemakmuran negara diagih-agihkan.

Dalam Bajet 2009, Abdullah berkata beliau telah menjelaskan mengenai komitmen kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan jaringan keselamatan sosial.

"Kita akan meningkatkan usaha bagi memastikan pelaksanaan inisiatif itu disegerakan bagi membantu rakyat malaysia yang memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama.

Saya akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas yang akan dapat mula dinikmati di Iskandar dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di seluruh negara," katanya.

Abdullah berkata disebalik rekod kejayaan negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berkeyakinan penuh bahawa Malaysia kini berada di persimpangan bersejarah.

"Kita mesti memperbaharui beberapa elemen negara kita, kita perlu berani membuat perubahan, kita perlu mempercepatkan evolusi dan proses pematangan atau kita menanggung risiko kehilangan kesemua yang kita capai dalam tempoh 50 tahun," katanya.

Beliau berkata dalam menghadapi perubahan dan transformasi ini, rakyat perlu berdiri teguh dan bersatu hati.

Sementara itu, ketika menjawab soalan media, Abdullah berkata beliau tidak menyesal di atas keterbukaannya dalam beberapa isu kerana beliau percaya ia memberi manfaat kepada rakyat.

"Saya tidak menyesal dengan apa yang telah saya lakukan, bagaimana reaksi orang ramai dan cara mereka bertindakbalas, apa yang mereka fikir bukan menjadi masalah. Kita telah melakukannya dan saya percaya perubahan akan mendatangkan yang berkesan kepada rakyat."Saya sentiasa percaya perlu ada lebih ruang bagi membincangkan demokrasi. Ia telah menjadi kepercayaan saya sejak begitu lama dan apa yang saya lakukan adalah saya zahirkannya di dalam manisfesto pilihanraya 2004," katanya ketika ditanya sama ada beliau kesal dengan sesetengah daripada keputusannya untuk bersikap lebih terbuka dalam banyak isu yang dipercayai menjadi punca memaksa beliau meletak jawatan.

Perdana Menteri berkata beliau berasa "tidak apa" selagi BN masih memimpin negara ini.

"Saya percaya kerajaan mampu kekal kuat, sehingga kita menghadapi pilihan raya umum akan datang, tidak kira bila, Insya Allah kita akan menang," katanya.

Abdullah yang kelihatan ceria dan banyak tersenyum juga menolak dakwaan bahawa beliau dipaksa meletak jawatan oleh beberapa pemimpin.

"Saya tahu saya tidak menjalankan kerja sebaiknya semasa pilihanraya. Saya fikir, sebelum orang lain mengambil alih, kita memerlukan pemimpin-pemimpin generasi baru, dan saya fikir tidak ada salahnya dengan perkara itu," katanya sambil menambah bahawa beliau membuat keputusan atas rasa kecintaan beliau kepada UMNO dan BN.

Menjawab soalan lain, Abdullah berkata beliau akan berbincang berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Najib selepas Perhimpunan Agung UMNO pada April nanti.

"Pada satu peringkat saya perlu menyerahkannya kepada pengganti saya. Siapa pengganti saya? Saya berharap Datuk Seri Mohd Najib. Dan tahu mengapa saya berkata berharap? Kerana beliau bertanding dalam pemilihan, kalau tidak okay. Beliau terpaksa bertanding dalam pemilihan sebagai Presiden UMNO dulu. Saya percaya beliau boleh menang."Selepas Datuk Najib telah menjadi Presiden dan saya harap beliau akan menjadi Presiden, baru kami akan berbincang mengenainya," kata Abdullah.

Menjawab soalan sama ada pemimpin-pemimpin komponen parti yang lain menerima Najib sebagai pengganti beliau, Abdullah berkata mereka menerimanya."Mereka sambut baik. Itu terserah kepada mereka, saya tak memujuk, tak ada kata apa-apa. Apa yang mereka lahirkan adalah pandangan mereka," katanya.

Ketika ditanya apa akan dilakukannya jika beliau masih menerima pencalonan untuk jawatan itu, Abdullah berkata: "Saya dah buat keputusan. Orang nak calonkan, apa kita boleh buat, kita dah beritahu awal-awal lagi dah."

-- BERNAMA