
cna
Aljazeera
Sunday, November 7, 2010
Di balik sekeping gambar Hillary Clinton
Menjadi satu pengalaman amat berharga buat jurugambar Bernama ketika membuat liputan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton baru-baru ini.
Mungkin tidak setanding pengalamannya merakam gambar peperangan di Iraq tujuh tahun lalu, tetapi Harry Salzman Abu Bakar menganggap persediaan sebelum mengambil gambar pegawai diplomat tertinggi negara maju itu harus diteladani bukan sahaja buat dirinya tetapi bagi pemimpin-pemimpin yang ingin gambar mereka menjadi lebih menonjol.
Apa yang diminta oleh pegawai pengiring Clinton beberapa minit sebelum majlis bermula mungkin dilihat remeh tetapi itu merupakan perincian bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik dan menjadikan pemimpin mereka itu kelihatan lebih menyerlah.
"Sebagai satu-satunya jurugambar mewakili media rasmi saya diajak berbincang tentang persediaan untuk mengambil gambar bekas wanita pertama Amerika Syarikat.
"Saya diberitahu lebih awal warna pakaian yang akan dipakai oleh Secretary Clinton agar dapat menyediakan penataan cahaya yang sesuai," katanya.
Ketika itu Harry Salzman ditugaskan untuk mengambil gambar majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya Selasa lalu.
"Mereka juga bertanya kepada saya keadaan manakah yang sesuai bagi posisi badan pemimpin itu sama ada mengadap ke hadapan atau mengiring ketika berdiri untuk bersalaman selepas menandatangani perjanjian.
"Apabila saya bersetuju posisi bagaimana yang saya mahu, mereka terus menandakan di atas lantai kedudukan yang harus Secretary Clinton berdiri kelak," katanya.
Hasilnya jika dilihat daripada gambar yang diambil, memang anda akan lihat posisi beliau kelihatan 'segak' dan 'kemas' berbanding orang di sekelilingnya, kata anak Perlis ini.
Malah Harry Salzman berkata cara Clinton memegang folder perjanjian sambil bersalaman juga dititikberatkan bagi menunjukkan penghargaan dan mencerminkan "ia urusan yang penting."
Harry Salzman juga berkata beliau sempat melihat bagaimana pegawai-pegawai negara itu menitikberatkan kedudukan bendera yang diletakkan di sebelah pemimpin itu agar kelihatan 'segar' dan 'bermaya'.
"Sebatang penyangkut baju diletakkan dalam gulungan bendera itu agar kelihatan lebih rapi.
"Selain itu, buku lawatan dan folder perjanjian yang bakal ditandatangani Clinton juga ditanda lebih awal agar mudah pemimpin itu untuk menurunkan tandatangannya," katanya.
Malah mereka tidak menggalakkan kehadiran 'dayang-dayang' untuk menunjukkan bahagian mana yang perlu ditandatangani ketika majlis berlangsung, katanya.
Warna tirai baldu juga ditetapkan sebagai biru gelap, digunakan di belakang upacara menandatangani perjanjian dan dibiarkan kosong tanpa sebarang latar belakang yang ditulis berkaitan majlis berkenaan.
Mereka mengatakan mereka tidak mahu menggunakan tirai berwarna terang atau berkilat supaya penataan cahaya lebih baik untuk kamera.
"Cuba kita fikirkan mengapa mereka perlu memikirkan tentang semua ini untuk pemimpin mereka," katanya.
Harry Salzman berkata untuk meletakkan replika kecil kapal terbang bagi majlis memeterai perjanjian antara Malaysia Airlines dan Pratt and Whitney juga diperincikan.
"Saya ditanya di mana mahu diletakkan replika itu. Selepas mendapat sudut yang saya mahu, sekali lagi dibuat satu tanda di atas meja di mana apabila giliran perjanjian itu tiba untuk ditandatangani, replika itu akan diletakkan di tempat yang saya mahukan."
Harry Salzman berkata beliau turut teruja untuk mengambil gambar setiausaha negara itu yang dilihat pandai membuat 'gerakan' yang disukai oleh mana-mana jurugambar untuk merakam gambarnya.
"Beliau kelihatan 'hidup' walaupun gambar diambil dalam bentuk 'stills'.
Pergerakan tangan, senyuman yang lebar dan pandangan yang lembut tapi tepat ke arah lensa dari matanya yang biru.
"Saya berharap pemimpin dan pegawai lain juga dapat menonjolkan diri sepertinya walaupun setakat bergambar. Gambar turut memberi impaknya. Bukankah satu gambar boleh memberi seribu satu cerita?"
--Bernama
Wednesday, November 3, 2010
Monday, October 25, 2010
The Women's Conference 2010
Watch live streaming video from twc2010 at livestream.com
Wednesday, October 20, 2010
Kesal Tindakan Syabas "Tekanan Air terlalu rendah"
Tmn Berjaya Gombak - Ketidak puasan hati salah seorang penduduk sekitar Kg. Kerdas apabila dilihat tekanan air terlalu rendah disekitar kediamannya.
En Hashim Maon berkata, "Kerajaan Pusat (UMNO/BN) bukan sahaja gagal membantu rakyat Selangor mendapatkan kemudahan air yang murah malah gagal mengambil tindakan ke atas Dr Mohd Khir Toyo yang telah memberi konsesi secara cuai kepada syarikat kroni".
Kerajaan Persekutuan harus ingat kemelut air di negeri ini bermula apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dibenarkan menaikkan tarif air tanpa mengambil kira beban tanggungan rakyat yang masih merangkak di dalam kemelut ekonomi global.
Katanya, kerajaan BN yang dipimpin oleh Khir telah menandatangani perjanjian konsesi air dengan Syabas di mana syarikat itu dibenarkan menaikkan tarif sehingga 37% pada 2009, 25% (2012), 20% (2015), 10% (2018) dan 5% (2021).
Kini keperitan itu semakin terasa oleh saya sekeluarga dan penduduk sekitar apabila air dirumah terlalu rendah. Amat menyukarkan saya dan keluarga untuk menggunakan air sedangkan ia merupakan 1 keperluan asas.
Beliau juga melahirkan rasa kesalnya kerana setiap bulan bil air kami bayar tetapi kami tidak mendapat hak kami. Saya dan penduduk disini rasa 1 tekanan kerana tidak sanggup lagi mencari air di luar sekitar kawasan kediaman kami, katanya kelmarin dalam pertemuan ADUN Gombak Setia bersama rakyat di PKM Gombak Setia.
Saya juga difahamkan daripada 1 sumber yang sangat dipercayai dimana dalam 2 thn lagi seluruh selangor dan k.l akan mengalami masaalah besar iaitu tekanan air yang terlalu rendah kerana syabas telah memainkan peranan penting dengan memasang alat bagi mengawal tekanan air tersebut.
Bukan saya sahaja rasa dianayai oleh pihak Syabas tetapi mungkin beberapa penduduk disini juga mengalami masaalah yang sama. Saya amat berharap agar kedatangan saya mewakili penduduk disini bertemu dengan Dato' Dr Hasan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia sedikit sebanyak dapat menyelesaikan kemelut ini dengan baik dengan segera kerana kami tidak sanggup menahan sabar dengan tekanan yang diberikan oleh syabas.
Setelah mendengar masaalah dan tekanan yang dihadapi oleh En. Hashim, Dato' Dr Hasan telah meminta Pegawai beliau (Omar Satari) untuk mengambil aduan tersebut dan adakan 1 mesyuarat khas bersama Syabas untuk atasi kemelut air ini terutamanya di negeri selangor dan insya-allah akan diusulkan dalam mesyuarat Exco akan datang, katanya.
"Insya-allah, Kerajaan negeri akan terus mengambil langkah-langkah wajar untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor bagaimana kerajaan terdahulu telah menganiaya rakyat melalui pemberian konsesi kepada syarikat kroni".
“Kita yakin rakyat Selangor menyokong penuh usaha kerajaan negeri mempertahankan hak air ini dan sentiasa mendoakan kejayaan kita,” ujarnya lagi.
Editor :Khaulah Azwar
Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM)

SERASI IKHTIAR HOMEOPATHY CONSULTANT (572492-M)
Aras 1, Hotel City Villa Kuala Lumpur
69 Jalan Haji Hussein Off Jalan Tuanku Abdul Rahman
50300 KUALA LUJMPUR
Tel : 019-6360447, 019-2707786
Dr (H) Alias bin Azhar PHom, DHMS (Mahm), RSH(London)
Dr (H) Haji Razali bin Mohd Daud PHom, MDHom (Mahm/USU), NCH (USA)
Dr (H) Haji Razali bin Mohd Daud PHom, MDHom (Mahm/USU), NCH (USA)
Subscribe to:
Posts (Atom)