cna

Aljazeera

Thursday, June 16, 2011

KOLOKIUM SENI BUDAYA

Posted by Picasa
KOLOKIUM SENI BUDAYA
18 JUN 2011 (SABTU)
BANGUNAN ANNEX, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (SUK), SHAH ALAM, SELANGOR

PENGENALAN

Seni dan budaya, secara umumnya, sering dikaitkan dengan pelbagai perkara negatif, tidak sihat dan tidak secocok dengan penerimaan masyarakat Islam setempat. Walhal, seni bagi penggiatnya pula adalah sesuatu yang suci dan murni. Soalnya, apakah penggiat seni dalam skopnya yang besar mampu mempertahan dan memartabatkan kemurnian seni berkenaan.

Justeru, karyawan dalam apa sahaja bidang sedang menanti penjelasan dari kalangan agamawan. Mereka yang sudah lama terlibat termasuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan bidang seni sedang tercari-cari apakah dan bagaimanakah penjelasan Islam terhadap aktiviti yang mereka sedang terjuni.

Untuk itu, Sekretariat penganjur merasakan amat perlu Kolokium Seni Budaya ini diadakan secara berperingkat demi menyemai kefahaman terhadap golongan yang terlibat dalam bidang berkenaan.

OBJEKTIF

Antara objektif penganjuran kolokium ini ialah:
i. Menghimpunkan karyawan seni budaya dalam satu wadah dan menjurus keterlibatan mereka yang terarah.
ii. Memberi penjelasan mengenai isu-isu keterlibatan golongan karyawan seni dalam masyarakat.
iii. Menzahirkan keprihatinan golongan agamawan dan kepimpinan kerajaan negeri terhadap isu-isu seni dan budaya.

ANJURAN

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Negeri Selangor

ATURCARA

KOLOKIUM SENI BUDAYA
Tempat: Bangunan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK), Shah Alam


08.30pg - 09.00pg Pendaftaran
09.00pg - 10.00pg Ucapan Aluan
Yang Dipertua, Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

Ucapan Perasmian
Y. B Puan Hjh Rodziah Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi Dan Inovasi, Negeri Selangor

10.00pg - 10.30pg Minum Pagi

10.30pg - 11.15pg Kertas Kerja 1: Seni Budaya dan Hiburan Menurut Perspektif Islam
Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya

11.15pg - 12.00tgh Kertas Kerja 2: Menekuni Kandungan Hiburan Kreatif : Media Perubah Minda Umat
Zainal Rashid Ahmad
Pengurus Besar Penerbitan TV Al-Hijrah

12.00tgh – 12.30tgh Soal Jawab

12.30tgh - 02.00ptg Makan Tengahari @ Solat

02.00ptg – 03.30ptg Pelaksanaan Seni Budaya Islam: Apa Halangannya
Moderator : Abdul Aziz Desa
(Pengacara Nasi Lemak Kopi O)
Panelis 1 : Pak Shukor Harun
(Aktivis Media)
Panelis 2 : Sdra Dinsman
(Penulis / Pengkritik Seni / Penyajak)

03.30ptg - 04.30ptg Ceramah : Seni Sebagai Dokongan Pencorakan
Masyarakat Madani
Ustaz Ahmad Shazili Abdullah
Artis Nasyid / Wadid al Jadid / Pendakwah

04.30ptg – 05.00ptg Ucapan Penangguhan dan resolusi
Setiausaha Agung, Persatuan Ulama’ Malaysia

05.00ptg – 05.30ptg Minum petang

SANTAI SENI BUDAYA
Tempat: Ruang Legar, Plaza Alam Sentral

08.30mlm - 10.30ml Persembahan Malam Muzikal Puisi Islam
Penampilan Kumpulan e-Sastera

MAKLUMAN DAN PENDAFTARAN

Sasaran peserta ialah seramai 200 orang yang terdiri daripada penulis, budayawan, artis, pelukis, seniman, bloggers, karyawan seni, pihak media dan orang awam.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Pendaftaran Penyertaan :

Untuk penyertaan seminar, sila buat pendaftaran sebelum atau pada 17 Jun 2011 dengan menghubungi:

Sdra Azmi : 013-3840710
En. Baharom : 019-3799101
Pejabat : 03-5512 4300 / 03-5511 4301
Faks : 03-5511 4302
Email : pumpusat@yahoo.com






Saturday, February 26, 2011

Kecam Yusuf Al Qardhawi Najib Tidak Cerdik

Saturday, February 26, 2011

Kenyataan Akhbar

TIMBALAN Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa begitu kesal dan terkilan dengan kenyataan Peradna Menteri, Najib Razak yang menuduh Dr Yusuf Al-Qardhawi dan gerakan Ikhwan Muslimin sebagai parti ekstremis dan terlibat dengan keganasan.

Najib dikatakan telah membuat kenyataan itu yang disiarkan dalam laman web National Review Online.

Sehubungan itu Nasharudin meminta Najib menarik balik tuduhan berkenaan yang dianggap sebagai kenyataan yang tidak cerdik.

Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan Nasharudin Mat Isa yang dikirimkan ke email saya baru sekejap tadi;

Merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online, saya mendesak Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama’ terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Memetik ucapan yang dibuat olehnya di Istanbul baru-baru ini, beliau mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Ikhwan Muslimin merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir. Malah, mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir. Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” disamping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia. Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi.Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.

Malah, beliau selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu. Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik. Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran.

Disediakan oleh
NASHARUDIN MAT ISA,
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia