cna

Aljazeera

Tuesday, June 22, 2010

Dr Asri, mufti: Mengapa kerajaan BN bohong?
Jimadie Shah Othman
Jun 23, 10 1:08pm

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan.

"Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.

Menurut mereka, Abdul Hadi dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan.

"Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat.

"Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat.

"Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya.

Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.

'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri dan Dr Juanda.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang.

Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.

Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas".

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka.

Sunday, May 30, 2010


KENYATAAN AKHBAR

30 MEI 2010

KERAJAAN NEGERI HARAMKAN JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010 BEROPERASI DI SELANGOR


SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri ini untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.

Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini.

Ini kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.

“Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram,” kata Tan Sri Abdul Khalid.

Sambil membantah keputusan Kerajaan Pusat mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula Jun ini, Tan Sri Abdul Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Beliau menambah tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian haram.

Sebaliknya, tindakan Kerajaan Pusat itu akan memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.

Abdul Khalid berkata, keputusan kerajaan diharap dapat mengelak orang ramai, sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu.

Katanya, Kerajaan Selangor yang Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

Wednesday, March 24, 2010

PENGERUSI LPN DMPP KONGSI PERASAAN BALU SIVA

23 Mac, langkap : Dr Hjh Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat (LPN DMPP) bersama-sama pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan pertemuan dengan Kelab Penyokong PAS Perak dan menziarahi balu kepada mendiang Panthiyan atau lebih dikenali sebagai siva.

Sewaktu ditemui, balu mendiang masih dalam keadaan trauma dan bersedih dengan kematian Siva. Pn Kala menyifatkan, Siva seorang yang baik dan bekerja keras untuk Kelab Penyokong PAS. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ustazah Nuridah selaku ketua muslimat PAS Pusat, Dr Najihah selaku AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Asiah selaku ketua muslimat kawasan pasir salak, AJK LPN DMPP, muslimat perak dan ahli-ahli kelab penyokong PAS Perak.

Dalam pertemuan tersebut Dr Hjh Halimah Ali memberi kata-kata semangat kepada balu mendiang supaya banyakkan bersabar. Kita dalam PAS Semua bersaudara..kita akan bantu jika ada masalah..itulah kata-kata Dr Hjh Halimah Ali kepada Kala.

Rakan mendiang turut berkongsi cerita bersama ahli rombongan seminggu sebelum kejadian itu berlaku, Siva menyatakan yang beliau sanggup mati demi perjuangan PAS. -ctmaimon



PENGERUSI LPN DMPP KONGSI PERASAAN BALU SIVA

23 Mac, langkap : Dr Hjh Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat (LPN DMPP) bersama-sama pimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan pertemuan dengan Kelab Penyokong PAS Perak dan menziarahi balu kepada mendiang Panthiyan atau lebih dikenali sebagai siva.

Sewaktu ditemui, balu mendiang masih dalam keadaan trauma dan bersedih dengan kematian Siva. Pn Kala menyifatkan, Siva seorang yang baik dan bekerja keras untuk Kelab Penyokong PAS. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ustazah Nuridah selaku ketua muslimat PAS Pusat, Dr Najihah selaku AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Asiah selaku ketua muslimat kawasan pasir salak, AJK LPN DMPP, muslimat perak dan ahli-ahli kelab penyokong PAS Perak.

Dalam pertemuan tersebut Dr Hjh Halimah Ali memberi kata-kata semangat kepada balu mendiang supaya banyakkan bersabar. Kita dalam PAS Semua bersaudara..kita akan bantu jika ada masalah..itulah kata-kata Dr Hjh Halimah Ali kepada Kala.

Rakan mendiang turut berkongsi cerita bersama ahli rombongan seminggu sebelum kejadian itu berlaku, Siva menyatakan yang beliau sanggup mati demi perjuangan PAS.

Yb Dr Hjh Halimah Ali
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan
Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor
Merangkap Adun Selat Klang.

Wednesday, January 20, 2010

Penawar Syifa'

Friday, January 8, 2010
Penawar Syifa' Untuk BARAH PAYUDARA

Saya mendapatkan info berikut dari rancangan Astro 4hb Jan 2010 - PENAWAR SYIFA' - di mana Azean Irdawaty telah ditemubual mengenai rawatan penyakit barah payudara. Rawatan itu dikendalikan oleh :-

Hj. Lokman Abdul Hamid
Perubatan Syifa' Al-Hidayah
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 9377

Berikut adalah surah-surah yang disenaraikan dalam program Penawar Syifa' untuk perubatan tersebut:-

SURAH YANG DIAMALKAN UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL BARAH PAYUDARA

AL MAIDAH 5 - AYAT 82-91
A’RAAF 7 - AYAT 70-81
AR-RAD 13 - AYAT 16-28
ANBIYAA 21 - AYAT 38-50
ASY SYUARAA 26 - AYAT 185-227
AZ ZUKHRUF 42 - AYAT 52-70
AZ ZUMMAR 39 - AYAT 42-52
GHAFIR 40 - AYAT 67-77

Wallahu a’lam.

http://bliss-infinity.blogspot.com/2010/01/penawar-syifa.html