
Begitu cepat sekali masa berlalu, subahanallah.
Suasana Eidul Fitri sudah pastilah diselubungi dengan kegembiraan.
Sanak-saudara dan kaum-kelurga serta sahabat-handai akan kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan bergembira.
Dan lazimnya sepanjang bulan Syawal ini bukan sahaja kaum keluarga dan individu yang bergembira, tetapi badan-badan korporat, institusi, dan NGO juga turut tidak mahu ketinggalan.
Seacara tradisinya badan-badan ini akan menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada rumah anak-anak yatim, orang tua dan kurang upaya serta warga miskin sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial mereka terhadap masyarakat.
Memang langkah seumpama ini wajar dialu-alukan.
Walaubagaimanapun sekali lagi saya mahu mengingatkan (rasa saya setiap tahun saya paparkan di sini) agar semua kita prihatin dan mengambil-berat akan pihak mana yang terlibat dalam program dan aktiviti seumpama ini.
Pastikan yang syarikat-syarikat yang terlibat dengan industri yang diharamkan oleh syarak seperti arak, judi dan lain-lain tidak terlibat dalam program seumpama ini.Magnum, Sports Toto, Genting, Carlsberg, Guiness Anchor umpamanya tak perlulah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini.
Bayangkan betapa besarnya dosa kita apabila mengizinkan syarikat-syarikat ini menaja perayaan Hari Raya atau menjamu anak-anak yatim sempena Hari Raya ini.
Saya berharap pihak berkuasa agama dan kerajaan tidak kiralah kerajaan pusat atau negeri-negeri agar mengambil tahu akan hal ini, jangan sampai terlepas pandang.
Malah bank-bank riba’ juga sepatutnya dipantau.
Sekurang-kuranya tunjuklah ketelitian kita dalam hal-hal seumpama ini, saya percaya beratus lagi syarikat dan badan korporat yang boleh dilibatkan dari kita menagih simpati pada syarikat dan industri yang diharamlan oleh Allah swt ini.
No comments:
Post a Comment