cna

Aljazeera

Tuesday, September 23, 2008

Permohonan Manoharan Didengar 12 Nov

BERNAMA.COM
utama » berita

23 September, 2008 14:49 PM

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Nov depan untuk mendengar permohonan peguam M. Manoharan bagi mewakili dirinya sendiri dalam perbicaraan berkaitan permohonan pembebasannya dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah turut menetapkan tarikh yang sama bagi mendengar hujahan bantahan awal Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah itu terhadap dakwaan Menteri Dalam Negeri dan penguasa tempat tahanan perlindungan Taiping, Perak (responden) bahawa permohonan habeas corpus tidak berkaitan dengan permohonan untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad yang mewakili responden sebelum itu mendakwa permohonan untuk menghadiri persidangan memerlukan semakan kehakiman dan bukannya melalui permohonan habeas corpus.

Selain itu, Mohamad Zabidin juga akan mendengar permohonan terhadap notis usul yang difailkan pada 8 Ogos lepas supaya Manoharan dibebaskan dan dibenarkan hadir ke mahkamah.

Manoharan menamakan Menteri Dalam Negeri dan penguasa tempat tahanan perlindungan Taiping, Perak sebagai responden oleh firma guamannya sendiri Tetuan M. Manoharan & Co.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan itu, Manoharan mendakwa beliau bukanlah seorang yang boleh melakukan apa-apa kemudaratan pada negara memandangkan beliau telah dipilih sebagai anggota dewan undangan negeri pada pilihan raya ke-12 8 Mac lepas.

Beliau juga mendakwa perintah penahanannya pada 13 Dis tahun lepas adalah batal dan tidak sah serta mendakwa telah dipaksa untuk membuat permohonan cuti setelah tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN Selangor.

Manoharan menyatakan akibat daripada penahanan berterusan, beliau tidak dapat berkhidmat untuk rakyat.Manoharan diwakili peguam Sreedevi Naidu.

-- BERNAMA







No comments: