cna

Aljazeera

Friday, October 3, 2008

Sambutan Eidulfitr

Eidulfitr tahun ini disambut bersama keluarga; ke rumah mertua di Ampang, ayah di Country Height dan juga menziarah kubur mendoakan Allahyarhamah bonda Che Yan dan Allahyarham kekanda A. Rani di Bukit Kiara.

Sekali lagi dipohon maaf di atas segala keterlanjuran. Juga kerana tidak sempat menjawab ribuan SMS, emel dan kad ucapan eid mubarak.

Izinkan saya ulangi ucapan minal aidin walfaizin walmaqbulin.

Di celah kesibukan bersilatur rahmi dan bermaafan bersama keluarga, saya sempat membaca komen blog. Saya hargai kesediaan ramai yang menunjukkan keprihatinan tentang permasalahan umat dan negara.

Terlintas juga komen cacian dan fitnah dan berakhir dengan ungkapan mainan mereka - maaf zahir batin. Demikian gelagat kumpulan kecil yang mempamerkan kejahilan, sedia mempertahankan kezaliman ISA, rasuah dan keangkuhan kuasa.

ANWAR IBRAHIM

MAJLIS RUMAH TERBUKA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM 12 OKTOBER 2008
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menjemput orang ramai ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada 12 Oktober 2008.
Berikut adalah butiran Majlis Rumah Terbuka:
Tarikh: 12 Oktober (Ahad)Masa: 2–5 petang
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bagi mengelakkan kesesakan bolehlah menggunakan pengangkutan awam:
1) Pengguna LRT boleh menggunakan stesen Kampung Baru dan berjalan ke arah ‘Nasi Lemak Antarabangsa’, sebelum melintasi jalan untuk ke KSS. Jarak berjalan kaki kira kira 250 meter.
2) Pengguna Monorail boleh menggunakan stesen Jalan Sultan Ismail (berhampiran Concorde Hotel) berjalan ke arah Kg. Baru - Hotel Renaissance. Jarak berjalan kaki kira 350 meter.
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

No comments: