cna

Aljazeera

Wednesday, December 24, 2008

KAPT. (B) DATO’ HJ. ZAHAR BIN HASHIM SERAH BORANG KEAHLIAN PAS

KENYATAN MEDIA PAS SELANGOR

Allah swt berfirman dalam surah an Nasr ayat pertama yang bermaksud:

“Apabila tiba pertolongan ALLAH dan kemenangan”

As syahid Syed Qutb dalam tafsirnya berkenaan ayat ini menghuraikan bahawa pertolongan dan kemenangan itu datang dari Allah pada masa yang ditentukan Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki Nya.

Demikianlah terangkatnya manusia dengan keimanan mereka kepada Allah. Demikianlah jiwa mereka memancar dengan gemilang, melembut halus dan terbang bebas. Demikianlah mereka berjaya sampai kepada darjat kebesaran, kekuatan dan kebebasan.

1. PAS Selangor mangalu-alukan keputusan YBhg. Kapt (B) Dato’ Hj. Zahar bin Hashim, bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan (PJS) dan rakan-rakan untuk menyertai PAS pada pagi yang penuh bersejarah ini. PAS yakin dan percaya bahawa kemasukkan YBhg Dato’ ini akan membantu memacu kekuatan PAS bukan hanya di negeri Selangor ini malah insyallah ke seluruh negara.

Dengan izin Allah swt kami turut yakin yang gelombang besar yang dicetuskan pagi ini hasil dari tindakan ikhlas dan berani YBhg. Dato ini akan memungkinkan PAS turut berjaya dalam Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu pada bulan Januari nanti.

2. Sesungguhnya sejak Plihan Raya Umum ke 12 lalu, PAS telah mempertingkatkan inisiatifnya untuk mendekati rakan-rakan dari Umno agar mereka dapat bersama-sama meneruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara melalui wadah PAS. Ternyata keputusan PRU ke 12 lalu membuktikan bahawa rakyat kini cenderung kepada perubahan dan di Selangor ini gelombang perubahan itu terlalu kuat sehingga mengakibatkan kerajaan negeri Selangor bertukar tangan buat pertama kali dalam sejarah negara.

3. Kerana itu, inilah masa yang paling sesuai bagi rakan-rakan dari Umno dari berbagai peringkat khasnya di negeri Selangor ini untuk sama-sama mengambil keputusan yang berani sebagaimana YBhg. Dato’ pada pagi ini untuk menyertai PAS, parti islam, yang telah berjuang lebih 57 tahun di tanahair ini,

Marilah sama-sama kita berganding bahu dalam satu jemaah menyambung perjuangan ke arah memartabatkan Islam yang insyallah akan menjadi kunci penyelemat kepada ummah dan negara sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah swt.

4. PAS sebagai sebuah parti Islam akan terus menyumbang tenaga dan fikiran ke arah kejayaan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat yang beriltizam membentuk Selangor menjadi sebuah negeri yang “Bersih, Maju dan Berkebajikan”.

Insyallah dengan penyertaan rakan-rakan dari Umno bermula dengan langkah YBhg. Dato’ pada pagi ini, akan membakar dan menyemarakkan semangat kepada ahli-ahli dan pimpinan PAS di seluruh Selangor dan seluruh negara untuk bekerja lebih kuat lagi dengan kepaduan keyakinan mereka yang tidak berbelah bahagi kepada janji-janji Allah swt.

5. PAS Selangor akan terus menyusun program dan aktiviti disamping memberi sepenuh tumpuan ke arah menerima lebih ramai lagi ahli-ahli dan pimpinan Umno Selangor untuk menyertai partini. Dan semoga langkah permulaan pagi ini akan mendorong ribuan ahli-ahli Umno yang lain untuk turut berfikir dan mengambil langkah yang serupa diwaktu terdekat ini.

De Palma Hotel, Ampang Point
24 Disember 2008/ 26 Zulhijjah 1429



BIO-DATA KAPT (B) DATO’ HJ ZAHAR BIN HASHIM


MAKLUMAT PERIBADI

Nama: Kapt (B) Dato’ Hj Zahar bin Hashim

No. Kad Pengenalan: 480522-10-5789

Tarikh l-ahir: 22hb Mei 1948

Alamat rumah: 14 Jalan SS19/3, 47500 Subang Jaya, Selangor

Nama isteri: Datin Hajjah Maryam bt Salim
Hj Ahmad Shazerain bin Zahar (34 tahun)
Hj Ahmad Shahizan bin Zahar (29 tahun)
Ahmad Shairany bin Zahar (28 tahun)
Aida Shazlina bt Zahar (27 tahun)
Aida Shahira bt Zahar (20 tahun)

KERJAYA

1994 hingga Sekarang: Pengerusi Eksekutif, Mentari Corporation Sdn Bhd dan lima buah anak syarikat temasuk Menti Properties Sdn Bhd dan Mentari Housing Development Sdn Bhd

1987 – 1994: Bekerja sepenuh masa sebagai Ketua UMNO Bahagian Puchong/Petaling Jaya Selatan dan ADUN Selangor Kawasan Lindungan/Taman Medan

1981 – 1987 Pengerusi Eksekutif, Helu-Zaid Sdn Bhd (syarikat usahasama dengan Herman Ludwig Gmbh, Germany)

1978 – 1981 Pengerusi Eksekutif, Cargocare Sdn Bhd, Penang

1975 – 1978 Pengurus Pentadbiran, Malaysian Titanium Sdn Bhd, Ipoh (kilang mengeluarkan Titanium Dioxide secara usahasama antara Magnum Corporation Berhad, The Straits Trading Co Ltd dan PERNAS)

1973 – 1975 Pegawai Staf 3, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan

1967 – 1973 Pelbagai jawatan dalam Batalion Kedua, Rejimen Renjer Di Raja


POLITIK, SOSIAL & MASYARAKAT

1981 Menyertai UMNO melalui Cawangan Subang Jaya

1982 – 1987 Timbalan Ketua, UMNO Cawangan Subang Jaya merangkap Bendahari UMNO Bahagian Puchong

1987 – 1989 Setiausaha Penaja, UMNO Bahagian Puchong

1989 – 1994 Ketua UMNO Bahagian Puchong merangkap ADUN Selangor Kawasan Lindungan

1994 – 1999 Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan merangkap ADUN Selangor Kawasan Taman Medan.

1999 – 2008 Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan

1985 – 2008 Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya

1990 – 2007 Ahli Lembga Pengarah PKNS, Worldwide Holdings Berhad, Hotel Equatorial, Bangi, Holiday Inn on the Park, Bakti Suci Sdn Bhd (anak syarikat MAIS) dan PUAS

PENDIDIKAN DAN LATIHAN

1965 Lulus Senior Cambridge di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

1966 – 1967 Kursus Pegawai Kedet Tentera Darat, Sg Besi, Selangor

1970 Kursus Lanjutan Taktik Peperangan di Sydney, Australia

1974 Kursus Pentadbiran di Chelmsford, Essex, England

No comments: