cna

Aljazeera

Wednesday, October 20, 2010

PKNS KERJASAMA DENGAN TM-I LAKSANA SISTEM INTEGRITI KORPORAT


KENYATAAN AKHBAR
20 OKT 2010
PKNS KERJASAMA DENGAN TM-I LAKSANA SISTEM INTEGRITI KORPORAT

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk melaksanakan Sistem Integriti Korporat Bersepadu dalam pengurusan dan pentadbiran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Komitmen Kerajaan Negeri Selangor terhadap integriti, ketelusan dan kecekapan tidak berbelah bagi. Walaupun telah berjaya mengurangkan amalan rasuah di semua peringkat kerajaan dan anak syarikat kerajaan negeri, usaha kami untuk memastikan semua urusan di bawah tanggungjawab kami adalah 100% bersih dan bebas dari sebarang unsur yang tidak diingini.

Kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan Transparency International – Malaysia yang telah setuju untuk membimbing dan memberi nasihat kepada PKNS dalam merangka, menandatangani dan melaksanakan Sistem Integriti Korporat Bersepadu.

Sistem Integriti Korporat Bersepadu akan melengkapi usaha-usaha PKNS untuk meningkatkan kecekapan dan mengelak risiko berlakukanya rasuah. Sistem ini juga dapat meningkatkan kesedaran awam mengenai sistem pengurusan, pentadbiran dan corak perniagaan PKNS dan secara langsung menaikkan lagi reputasi dan imej anak syarikat kerajaan Selangor.

Sistem Integriti Korporat Bersepadu ini dibahagikan kepada tiga komponen bahagian iaitu Kemudahan Infrastruktur, kemudahan peralatan integriti seperti Integriti Pact, Whistle Blowing Policy dan polisi anti rasuah dan komponen ketiga, latihan kepada kakitangan.

Kita menjangkakan Sistem Integriti Korporat ini akan dilaksanakan secara menyeluruh dalam urusan PKNS pertengahan tahun depan.

Pelaksanaan sistem ini akan diintegrasikan dengan usaha-usaha yang Kerajaan Selangor, termasuk mendeklasifikasikan dokumen, minit mesyuarat, tender terbuka dan, pada tahun hadapan, meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat di sidang Dewan Negeri Selangor.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

No comments: