cna

Aljazeera

Tuesday, September 27, 2011

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

26 SEPTEMBER 2011

ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA MENYAMBUT BAIK RESOLUSI KONGRES MAHASISWA NASIONAL


Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia menyambut baik resolusi yang dihasilkan dalam Kongres Mahasiswa Nasional 3.0 semalam di Yayasan Selangor. Resolusi Kongres Mahasiswa Nasional 3.0 menggariskan 5 perkara iaitu menuntut kerajaan melaksanakan reformasi politik, ekonomi, sosio budaya, pendidikan dan wanita.

Biro Mahasiswa AMK Malaysia beranggapan bahawa 5 hasil resolusi ini adalah menjawap tuntutan dan permasalahan rakyat kebanyakan. Reformasi dan penambahbaikan kepada 5 aspek ini, AMK percaya akan memberikan kesan positif yang besar di dalam membina Negara dan generasi masa depan.

AMK percaya bahawa 5 tuntutan ini hanya boleh dijayakan jika pihak pemerintah mempunyai ‘Political Will’ atau keberdayaan politik untuk merealisasikan dan menjayakan tuntutan reformasi ini. Namun demikian, melihat kepada pengalaman, ‘track record’ pemerintahan Negara, di bawah UMNO-BN tidak punya kesungguhan membawa perubahan.

Sebagai contoh AUKU yang diwawarkan dipinda, namun apabila dipinda pada tahun 2008 segalanya hanyalah kosmetik dan gimik politik. Seksyen 16 dan 17 AUKU masih mengongkong mahasiswa dan meletak kuasa yang besar kepada menteri. Mahasiswa bukan sahaja masih tidak dibenarkan bersuara dan beraktiviti, malah mencari dana untuk persatuan pelajar pun tidak dibenarkan.

Dengan ini, Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menyatakan komitmen kepada keberdayaan dan kesungguhan politik untuk melaksanakan reformasi ini jika diberi mandat untuk bersama mentadbir kerajaan persekutuan. AMK juga ingin memuji usaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan 10 badan gabungan gerakan Mahasiswa kerana menjadi ‘dhammir’ hati nurani rakyat.

MOHD SAIFULLAH MOHD ZULKIFLI
Pengarah,
Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Merangkap,
Ketua Penerangan AMK Selangor

No comments: