cna

Aljazeera

Tuesday, January 17, 2012

Nasha: Dialog Umno-PAS bukan bagi bentuk pakatan

Nigel Aw
7:27PM Jan 17, 2012

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa hari ini berkata, usaha untuk menemukan Umno dan PAS untuk berdialog masih memerlukan banyak usaha.

pas dialogue with media 261107 nasharudin"Jika kamu bercakap tentang politik partisan, saya sudah berusaha mengurangkan jurang perbezaan antara kedua-dua organisasi ini.

"Tetapi jika kamu ikuti, ia masih perlu lebih usaha kerana orang ramai masih tidak faham dengan baik berhubung kerisauan kumpulan kecil dalam organisasi saya tentang keperluan mengadakan perbincangan.

"Ia bukan tentang bergabung atau melompat, tetapi keperluan berbincang, bukan hanya antara PAS dan Umno, tetapi juga PAS dengan organisasi lain," katanya ketika menjawab soalan peserta pada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global di Kuala Lumpur hari ini.

Nasharudin berkata demikian ketika ditanya peserta tentang tindakan PAS bekerjasama dengan bukan Islam tetapi enggan bersama Umno.

Ia susulan kenyataan Nasharudin sebelum itu bahawa beliau menyelar tindakan negara Islam berlawan sesama sendiri tetapi bersikap mesra dengan negara bukan Islam.

Katanya, lagi isu cadangan perbincangan antara Umno dan PAS bukan mengenai pembentukan sebuah pakatan tetapi hanya sebagai saling interaksi demi kebaikan negara.

"Saya percaya keperluan untuk berdialog...saya percaya perlu untuk semua menyertainya untuk tujuan yang baik," katanya.

Terdahulu, Nasharudin menyampaikan kertas kerja bertajuk "Antara Kesederhanaan dan Ekstremisme: Cabaran dan Respon".

http://www.malaysiakini.com/news/186875

No comments: