cna

Aljazeera

Sunday, March 25, 2012

Agenda tersirat pihak liberal agama

Mukadimah 

 KEBELAKANGAN ini suara mereka yang mahukan pemahaman mengenai Islam diubah semula semakin lantang kedengaran. 

Gerakan ini yang dilihat sebagai usaha golongan Islam liberal yang mahukan lebih banyak kebebasan dalam bersuara dan berfikir selain mentafsir sendiri al-Quran mengikut kehendak sendiri. 

 Lebih menakutkan, mereka juga membenarkan pluralisme agama atas alasan bahawa semua agama adalah sama. 

 Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), ISMAIL MINA AHMAD begitu tegas dalam hal ini yang mana, ujarnya jika tidak dikawal ia akhirnya mampu merosakkan ummah keseluruhannya. 

Beliau yang juga bekas sahabat karib Anwar semasa menuntut di Universiti Malaya, ABIM dan kemudian di Yayasan Anda berkata, golongan ini bercakap ikut suka dalam memberi interpretasi tentang Islam “ Mereka bukan sahaja mahu menyebar fahaman Islam liberal tetapi mempunyai agenda politik. Ini adalah sesuatu yang bahaya dan ini jugalah prinsip berfikirAnwar bersama orang-orangnya,” kata Ismail ketika diwawancara wartawan Mingguan Malaysia, Hafizahril Hamid baru-baru ini.