cna

Aljazeera

Monday, October 6, 2008

Perutusan Aidilfitri Presiden PAS

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Sun Oct 05, 08 10:57:07 am MYT

Syukur ke hadrat Allah kerana kita berjaya menempuh bulan Ramadan al-Mubarak dengan penuh ketaatan dan ketekunan. Tiadalah hadiah kejayaan yang terlebih besar dan istimewa dari kejayaan memperoleh status takwa.


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertakwa." (maksud al-Baqarah: 103)

Ketakwaan ini akan membawa kita untuk terus beristiqamah dalam menyongsong perjuangan yang serba mencabar ini.

Ingatlah bahawa kejayaan bagi kita selaku pendokong gerakan Islam adalah bukan sahaja kejayaan di dunia malah lebih-lebih lagi di akhirat yang kekal abadi.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (maksud al-Ahzab: 71)

Semoga kurnia takwa ini akan mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.

Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya.

Dalam meniti liku-liku perjuangan yang penuh cabaran dan mehnah ini, akhlak dan adab berjemaah perlulah sentiasa kita pelihara sebagaimana kita memelihara prinsip perjuangan sehingga tidak berpaling atau hanyut dengan yang selain darinya.

Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita pada setiap ketika.Walaupun Ramadan al-Mubarak bakal berlalu pergi, semua ahli di pelbagai peringkat parti perlulah terus menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jamaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.

Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah bagi ahli-ahli baru nanti selain dari memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada.

Jadikanlah program ziarah menziarahi pada Syawal ini sebagai medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat.

Pimpinlah rakyat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini.

"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadah kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana kamu mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai dari daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (maksud al-Kahfi: 28)

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

DATO' SERI TUAN GURU ABD HADI AWANG - mr _

Friday, October 3, 2008

Kit Siang 'Beraya' Di Rumah Presiden PAS

Ditulis oleh SM Noor & WanKay
Friday, 03 October 2008

Marang - Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Aidil Fitri, di rumahnya di Kampung Rhusila dekat sini semalam.

Kit Siang hadir dengan diiringi oleh rombongan anggota DAP Terengganu tiba di perkarangan rumah Tok Guru pada jam 9.27 malam.


Kedua-dua pimpinan parti Pakatan Rakyat itu telah berbincang dan beramah mesra sambil menikmati hidangan juadah dan kuih raya.Antara pokok perbincangan mereka adalah berkisar sekitar isu-isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.

Buletinonline difahamkan Kit Siang akan disertai oleh beberapa pimpinan DAP lain dalam rangka percutian sempena Aidil Fitri.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha DAP Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

"Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social, "ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama,

"sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini," kata Guan Eng dalam perutusan Eidulfitrinya yang dipetik Harakahdaily.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

Katanya al-Quran menyebut mengenai Amar Ma’aruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan dan yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua.

Menurutnya bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.

Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan. "Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.

Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

Perutusan Presiden PAS



Sambutan Eidulfitr

Eidulfitr tahun ini disambut bersama keluarga; ke rumah mertua di Ampang, ayah di Country Height dan juga menziarah kubur mendoakan Allahyarhamah bonda Che Yan dan Allahyarham kekanda A. Rani di Bukit Kiara.

Sekali lagi dipohon maaf di atas segala keterlanjuran. Juga kerana tidak sempat menjawab ribuan SMS, emel dan kad ucapan eid mubarak.

Izinkan saya ulangi ucapan minal aidin walfaizin walmaqbulin.

Di celah kesibukan bersilatur rahmi dan bermaafan bersama keluarga, saya sempat membaca komen blog. Saya hargai kesediaan ramai yang menunjukkan keprihatinan tentang permasalahan umat dan negara.

Terlintas juga komen cacian dan fitnah dan berakhir dengan ungkapan mainan mereka - maaf zahir batin. Demikian gelagat kumpulan kecil yang mempamerkan kejahilan, sedia mempertahankan kezaliman ISA, rasuah dan keangkuhan kuasa.

ANWAR IBRAHIM

MAJLIS RUMAH TERBUKA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM 12 OKTOBER 2008
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) menjemput orang ramai ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya pada 12 Oktober 2008.
Berikut adalah butiran Majlis Rumah Terbuka:
Tarikh: 12 Oktober (Ahad)Masa: 2–5 petang
Tempat: Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Bagi mengelakkan kesesakan bolehlah menggunakan pengangkutan awam:
1) Pengguna LRT boleh menggunakan stesen Kampung Baru dan berjalan ke arah ‘Nasi Lemak Antarabangsa’, sebelum melintasi jalan untuk ke KSS. Jarak berjalan kaki kira kira 250 meter.
2) Pengguna Monorail boleh menggunakan stesen Jalan Sultan Ismail (berhampiran Concorde Hotel) berjalan ke arah Kg. Baru - Hotel Renaissance. Jarak berjalan kaki kira 350 meter.
Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim