cna

Aljazeera

Wednesday, October 20, 2010

PKNS KERJASAMA DENGAN TM-I LAKSANA SISTEM INTEGRITI KORPORAT


KENYATAAN AKHBAR
20 OKT 2010
PKNS KERJASAMA DENGAN TM-I LAKSANA SISTEM INTEGRITI KORPORAT

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju untuk melaksanakan Sistem Integriti Korporat Bersepadu dalam pengurusan dan pentadbiran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Komitmen Kerajaan Negeri Selangor terhadap integriti, ketelusan dan kecekapan tidak berbelah bagi. Walaupun telah berjaya mengurangkan amalan rasuah di semua peringkat kerajaan dan anak syarikat kerajaan negeri, usaha kami untuk memastikan semua urusan di bawah tanggungjawab kami adalah 100% bersih dan bebas dari sebarang unsur yang tidak diingini.

Kerajaan Selangor akan bekerjasama dengan Transparency International – Malaysia yang telah setuju untuk membimbing dan memberi nasihat kepada PKNS dalam merangka, menandatangani dan melaksanakan Sistem Integriti Korporat Bersepadu.

Sistem Integriti Korporat Bersepadu akan melengkapi usaha-usaha PKNS untuk meningkatkan kecekapan dan mengelak risiko berlakukanya rasuah. Sistem ini juga dapat meningkatkan kesedaran awam mengenai sistem pengurusan, pentadbiran dan corak perniagaan PKNS dan secara langsung menaikkan lagi reputasi dan imej anak syarikat kerajaan Selangor.

Sistem Integriti Korporat Bersepadu ini dibahagikan kepada tiga komponen bahagian iaitu Kemudahan Infrastruktur, kemudahan peralatan integriti seperti Integriti Pact, Whistle Blowing Policy dan polisi anti rasuah dan komponen ketiga, latihan kepada kakitangan.

Kita menjangkakan Sistem Integriti Korporat ini akan dilaksanakan secara menyeluruh dalam urusan PKNS pertengahan tahun depan.

Pelaksanaan sistem ini akan diintegrasikan dengan usaha-usaha yang Kerajaan Selangor, termasuk mendeklasifikasikan dokumen, minit mesyuarat, tender terbuka dan, pada tahun hadapan, meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat di sidang Dewan Negeri Selangor.

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

Sunday, October 10, 2010

PEMILIHAN PARTI KEADILAN PERLU MENCORAKKAN LALUAN PAKATAN RAKYAT KE PUTRAJAYA

KENYATAAN AKHBAR

10 OKT 2010

PEMILIHAN PARTI KEADILAN PERLU MENCORAKKAN LALUAN PAKATAN RAKYAT KE PUTRAJAYA

Saya, Abdul Khalid bin Ibrahim, hari ini dengan rasminnya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada November ini.

Ramai yang mungkin tertanya mengapa saya mahu masuk bertanding dalam pemilihan yang telah banyak menerima persepsi negatif dalam laporan media dan dalam parti sendiri. Saya melihat apa yang berlaku menampakkan kepimpinan berpuak dan serangan peribadi.

Seperti yang saya katakan minggu lalu, perkembangan ini tidak sihat untuk parti dan perlu diperbetulkan. Sebagai salah seorang pemimpin parti dan Menteri Besar negeri Pakatan Rakyat, saya akan cuba memperbetulkan keadaan ini.

Dan kerana inilah, saya mengambil keputusan untuk bertanding jawatan nombor dua dalam parti.

Bagaimanapun, saya mahu memastikan keputusan saya ini memberi kesan positif kepada parti. Untuk ini, saya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menilai kesan tawaran bertanding kepada pentadbiran dan perpaduan parti.

Jawatankuasa ini terdiri daripada Tuan Syed Shahir, Puan Irene Fernandez, Saudara Tian Chua dan Saudara Muhamad Nur Manuty dan mereka ini bebas mengadakan rundingan dengan pemimpin parti yang berkaitan sehingga 15 Oktober.

Sekiranya jawatankuasa menasihatkan tawaran saya ini tidak baik untuk parti dan ada cara yang lebih baik untuk saya berkhidmat kepada parti, saya akan akur dengan nasihat ini.

Jika Jawatankuasa ini berpendapat tawaran saya baik untuk parti, saya telah pun menggariskan lima teras perjuangan bertemakan “Memperkasakan Reformasi”. Lima teras tersebut ialah;

-Setia kepada perjuangan

-Meneruskan agenda perubahan

-Merakyatkan ekonomi

-Menolak politik pecah perintah

-Kesepaduan parti

Lima teras perjuangan ini akan mencorakkan pentadbiran ‘inclusive’ dan mengakhiri amalan berkumpulan dan berpuak-puak dalam parti. Hanya dengan ini laluan ke Pakatan Rakyat akan menjadi reality.

Saya amat berbesar hati melantik Tuan Syed Shahir sebagai pengurus operasi kempen kerana saya percaya beliau boleh menolong kempen saya berjalan dengan sistematik, bersih, professional dan adil.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli parti yang telah hadir untuk memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk memastikan parti Keadilan terus berjuang di landasan yang betul.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
Sekretariat Akhbar
Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor
Tel: 03 5544 7452 Fax: 03 5510 9686
www.selangorkini.com.my
www.tvselangor.com
http://www.youtube.com/user/mbselangor

Friday, October 1, 2010

Majlis tahlil dan solat hajat perdana

Bt, 6 Gombak - Majlis tahlil dan solat hajat perdana anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama ADUN Gombak Setia telah diadakan untuk marhummah Dato' Sosilawati dan 3 yang terlibat dalam musibah yang menyayat hati kepada semua rakyat malaysia.

Berkata, Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Settia dalam ucapannya bahawa kerajaan negeri telah mengambil inasatif untuk mengadakan majlis tahlil dan solat hajat bagi mendoakan semua mangsa yang terlibat dalam kejadian musibah tersebut.

Rata-rata rakyat malaysia yang masih mengikuti perkembangan kejadian ini masih menanti keputusan sampel DNA yang telah diambil daripada waris terdekat namun sehingga kini tiada jawapan.

"Saya yakin ahli keluarga dan seluruh rakyat malaysia masih mengharap agar semua mangsa terlibat selamat namun saya dapat rasakan semua ahli keluarga tersebut rasa amat sedih diatas kejadian ini, sudah pasti bagaikan satu penyeksaan menanti kepulangan mereka. Harapan setiap ahli keluarga yang terbabit tetap tinggi iaitu yakin mereka semua masih hidup".
Kami semua merasa simpati, oleh itu pihak kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk mengadakan solat hajat dan sentiasa mendoakan agar dengan harapan mereka dalam perlindungan ALLAH swt hendaknya.

Begitulah juga kepada semua ahli keluarga mereka yang terlibat, diharap tabah menghadapi ujian yang menimpa.

Dato' Dr Hasan mengingati kepada semua yang hadir dalam majlis tersebut bahawa "Hidup mati, apa yang berlaku dalam kehidupan kita tidak diketahui kerana semua telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Oleh itu haruslah kita sentiasa membuat persediaan yang baik untuk bertemu dengan penciptaNya. Setiap amal perbuatan kita samaada baik ataupun buruk juga akan dihitungkan oleh ALLAH swt walaupun sekecil biji sawi".

Tragedis ngeri yang tidak berperikemanusiaan itu dalam konteks kehidupan di peringkat diri, keluarga dan masyarakat.

Saya juga ingin menekankan betapa pentingnya membina pertahanan diri melalui kekuatan dalaman selain daripada pertahanan lahiriah bagi menghadapi segala kemungkinan. Kedua-dua pertahanan luaran dan dalaman mesti bertunjang kepada amalan Islam.

Saya memohon supaya mereka yang terlibat dan anggota masyarakat mengambil langkah-langkah yang dicadangkan bagi meneruskan kehidupan agar kita sentiasa disayangi, dikasihi oleh Allah s.w.t.

Harap peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita semua sebagai umat islam supaya berpegang teguh kepada ajaran Islam. Ingat dunia hanya sementara, Hanya Akhirat kekal selamanya, katanya.

Sementara itu, Dato' Dr Hasan juga melahirkan kesyukurannya kerana sepanjang tempoh bulan ramadhan dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), didapati semua masjid-masjid khususnya di zon gombak didapati walaupun saat-saat akhirnya ramadhan aktiviti dimasjid masih hidup dengan mengadakan berbagai ibadat.

Bukan hanya di gombak sahaja malahan semasa bulan ramadhan Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan Sahur Perdana dengan kehadiran hampir 8,000 umat ISLAM membanjiri S.Alam untuk menghidupkan Qiammulail dengan sahur beramai-ramai antara pimpinan dan rakyat.

Sepanjang aktiviti tersebut dijalankan kuliah subuh, dhua juga diadakan bagi manfaatkan masa dengan sebaiknya. Alhamdulilah didapati sokongan rakyat dalam menghidupkan ibadah pada bulan ramdhan diterima dengan baik.

Insya-ALLAH pada masa akan datang saya berhasrat untuk mengadakan Iftar dan sahur perdana seluruh kawasan di negeri selangor, katanya ketika ditemubual baru-baru ini.

Majlis tersebut juga telah diadakan dengan solat hajat yag telah dipimpin oleh Dato' Dr Hasan. Turut hadir YAD Dato' Paduka Raja Dato' Hj Wan Mahmood B. Pa Wan Teh (Orang Besar Daerah Gombak), Y.B Amirudin Shari (ADUN) Bt. Caves, Pn. Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis MPS, Zon 11, Saf pimpinan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Saf Pimpinan PAS Kawasan Gombak, Ketua -Ketua Kg. Nazir-Nazir Masjid, Ahli-Ahli Majlis Zon Gombak.

Facebook | Dinding Muhammad Fauzi Kasiran

Facebook | Dinding Muhammad Fauzi Kasiran: "- Sent using Google Toolbar"